Gelar Diri Suami Misali, Lelaki Miliki Tiga Isteri Ini Bangga Tidak Bekerja

lelaki tiga isteri

Gelar Diri Suami Misali, Lelaki Miliki Tiga Isteri Ini Bangga Tidak Bekerja

Walaupun mempunyai tiga isteri, seorang lelaki warga Amerika Syarikat (AS) menggelar dirinya sebagai suami misali kerana berasa bangga dengan hanya duduk di rumah, lapor Daily Mail.

Difahamkan, lelaki bernama Nick Davis itu mendedahkan dia tidak perlu bekerja kerana percaya bahawa isteri-isterinya harus memegang kuasa dalam keluarganya.

Bapa kepada dua anak itu mempunyai tiga isteri iaitu April, Jennifer dan Danielle, di mana kesemuanya tinggal dalam satu rumah.

Untuk permulaan, Nick menceritakan dia bertemu dengan isteri pertamanya, April di sebuah institusi pada 15 tahun lalu, memetik Mirror.

Tidak lama kemudian, wanita berusia 38 tahun itu mencadangkan untuk suaminya berkenalan dengan wanita lain selepas sembilan tahun bersama.

Ketika itulah Jennifer diperkenalkan kepada Nick semasa wanita itu berusia 19 tahun.

Melihat kepada personaliti Jennifer, April secara tidak langsung menyukai wanita itu dan tahu bahawa suaminya juga akan merasakan perkara yang sama.

BACA: Seumur Hidup Tak Pernah Melancong, Anak Misali Bawa Mak Dari India ‘Travel’ Singapura Tempat Dia Kerja

“Jennifer merupakan seorang yang hebat dan bijak. Ketika memperkenalkannya kepada Nick, saya tahu Nick akan mendapati dia seorang yang menarik,” kata April memetik Mirror.

Kemudian, pada tahun lepas gadis bernama Danielle yang berperwatakan ceria muncul dalam kehidupan mereka.

Keluarga terbabit muncul dalam program aneka ragam TLC, Seeking Sister Wife, di mana mereka mengalu-alukan kedatangan Danielle.

Kata April, suaminya itu mempunyai banyak karenah dan memerlukan cara untuk mengendalikannya.

“Nick mempunyai banyak karenah. Seronok mempunyai orang yang boleh membantu,” kata April.

Dalam pada itu, Nick yang berasa seperti seorang permaisuri berkata dia kini sedang hidup dalam mimpi dengan kedatangan Danielle dalam hidupnya.

Danielle yang merasa bahagia dengan bahtera yang dibina turut bersetuju dengan kenyataan Nick.

Ujarnya, dia tidak menyangka boleh menjadi bahagia seperti ini.

Lelaki bangga tidak bekerja, duduk di rumah bersama anak

Selepas perkahwinan bersama isteri kedua Nick, Jennifer, mereka dikurniakan seorang anak bernama Vera sekaligus menjadikan anak itu anak sulung.

Disebabkan kesemua isterinya mempunyai pekerjaan yang hakiki, Nick kini tinggal di rumah bersama bayi itu manakala isterinya pergi ke pejabat setiap hari.

Biarpun sudah memiliki tiga isteri namun Nick sering mendapat mesej di Instagram daripada pengikut.

Pengikut-pengikutnya sering bertanya sama ada Nick masih mencari isteri keempat atau tidak.

Populariti Nick dalam kalangan wanita membuatkan para lelaki keliru kerana tidak faham apa yang digilakan oleh golongan itu.

Sumber: Daily Mail, Mirror

The post Gelar Diri Suami Misali, Lelaki Miliki Tiga Isteri Ini Bangga Tidak Bekerja appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*