Dua maut kemalangan membabitkan lori, motosikal

ASAJAYA – Dua lelaki maut manakala seorang cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah lori dan motosikal di jalan Kampung Terasi Iban, di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata kejadian dilaporkan kira-kira pukul 8.55 pagi hari ini, dan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Asajaya telah segera digerakkan ke lokasi.

Katanya kedua-dua mangsa yang meninggal dunia adalah pemandu lori terbabit yang berusia 35 tahun dan penunggang motosikal berusia 47 tahun, manakala mangsa yang cedera ialah kelindan lori berkenaan yang berusia 34 tahun.

“Pemandu lori yang tersepit di bahagian pemandu berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba dengan menggunakan peralatan menyelamat dan disahkan meninggal dunia oleh paramedik di tempat kejadian manakala kelindan lori terbabit mengalami cedera ringan berjaya keluar dengan selamat.

“Penunggang motosikal terbabit turut maut di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambahnya kedua-dua mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

The post Dua maut kemalangan membabitkan lori, motosikal appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*