Dua Maut, Lima Cedera Dalam Kemalangan Libatkan Dua Kenderaan

Dua maut

Dua Maut, Lima Cedera Dalam Kemalangan Libatkan Dua Kenderaan

JOHOR BAHRU, 23 Mac (Bernama) — Dua wanita maut manakala lima cedera dan seorang kanak-kanak terselamat dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 58.3, Lebuhraya Senai Desaru menghala ke Senai di Kota Tinggi, petang tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penawar, Pegawai Bomba Kanan I KUP Faizal Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan yang melibatkan kereta Perodua Alza dan Hyundai i30 itu pada pukul 3 petang.

Beliau berkata Alza tersebut membawa enam penumpang dengan dua daripadanya maut, dua lelaki dan seorang perempuan cedera, serta seorang kanak-kanak lelaki, manakala seorang lelaki dan seorang wanita yang menaiki Hyundai i30 juga cedera.

Baca: Bayar RM1 Pun ‘Rider’ Hantar, Ni Cara Nak Dapat Cas ‘Delivery’ Paling Rendah Bila Pesan Makanan

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian, didapati terdapat dua mangsa tersepit di dalam Alza. PKO bertindak mengeluarkan kedua-dua mangsa dengan menggunakan peralatan menyelamat dan mereka disahkan telah meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dan seterusnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Kesemua mangsa yang cedera dibawa ke hospital berdekatan menaiki ambulans KKM,” katanya dalam satu kenyataan di sini, malam ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora mengesahkan menerima laporan kemalangan tersebut bagaimanapun berkata identiti kesemua yang terlibat dalam kemalangan itu akan dimaklumkan kemudian.

Sumber: BERNAMA

The post Dua Maut, Lima Cedera Dalam Kemalangan Libatkan Dua Kenderaan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*