Ini Cara Simpan Lauk Beku Untuk Stok Harian

cara simpan lauk beku

Ini Cara Simpan Lauk Beku Untuk Stok Harian

Siapa dekat sini yang lebih memilih untuk rancang menu makanan selama seminggu dan simpan di dalam peti ais?

Bukan sahaja cepat, kita pun sudah tidak perlu pening memikirkan lauk apa yang perlu dimasak pada esok hari memandangkan menu sudah tersedia. Cuma panaskan dan nikmati sahaja makanan.

Pun begitu, mungkin ramai yang tidak tahu cara untuk simpan makanan dalam peti ais tetapi jangan risau kerana pengguna di Facebook Salwa Abu Bakar berkongsi tentang cara yang betul.

Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh baca perkongsian Salwa di bawah ini.

BACA: Rumah Klasik Dianggap ‘Homestay’ Untuk Bergambar, Lelaki Kecewa Ramai Tak Beradab

Cara simpan Lauk Dalam Peti Ais

Macam biasa, rutin hujung minggu atau setiap dua minggu. Restock lauk. Tiga jam berperang kat dapur selesaikan tiga ekor setengah ayam dari cuci sampai siap masak, tapi belum kemas dapur dan simpan lauk dalam bekas.

Antara sebab beli enam burner gas cooker yang ni sebab nak boleh masak serentak beberapa periuk atau kuali dan nak boleh masak lama. Kalau dulu guna dapur kaca tu risau betul bila guna lama sikit sebab terasa panas kat permukaan kaca tu.

Kredit: Salwa Abu Bakar via Percutian & JJCM Malaysia/Facebook

Menu kali ni: ayam masak kicap, ayam masak merah, ayam masak lemak cili api. Patutnya nak masak kari daging juga tadi. Tapi tak larat dahh. Esok pula la kot.

Ni cara orang malas tapi nak makan masakan rumah. Kalau tak buat macam ni, hari bekerja mesti bungkus je. Ni lauk untuk bekal tengahari juga. Jadi waktu pagi tinggal kelam kabut untuk sarapan dan bekal rehat waktu pagi je.

Dapur tak lap lagi sebab nak lap sekali je nanti lepas selesai pek lauk. Jadi berminyak sana sini sikit la dapur tu.

Cara kendalikan lauk sejuk beku

1. Lepas siap masak, sejukkan dulu.

2. Simpan dalam bekas yang boleh disejuk beku (tengok ada label freezer safe kat bekas tu)

Tips untuk simpan

Pastikan simpan dalam bekas untuk sekali makan. Satu bekas untuk satu bahagian. Macam kami, ada satu bekas untuk satu bahagian seisi keluarga dan ada satu bekas untuk satu bahagian individu (ni untuk bekal tengah hari biasanya).

Ni penting sebab kita tak nak panaskan dan bekukan semula banyak kali nanti.

3. Simpan dalam tempat sejuk beku untuk dibekukan.

4. Nyah beku lauk dalam peti ais dulu. Kemudian, nak makan boleh panaskan. Kami biasanya guna steamer nak panaskan.

5. Lauk yang tak habis elakkan dibekukan semula.

Paling penting, nak sejuk bekukan lauk ini bukan sejuk bekukan lebihan tau. Kiranya kalau nak makan lauk sama dengan lauk yang nak dibekukan, lepas masak terus asingkan untuk sejukkan kemudian hidang yang selebihnya tu. Jangan biar makanan lama di luar sebelum dibekukan.

Berapa lama makanan tahan dalam freezer?

Kalau sejuk beku yang elok, berbulan pun okay. Tapi biasanya kami akan habiskan lauk sejuk beku ini dalam masa tiga minggu maximum dari tarikh masak. Sentiasa amalkan first in first out sekiranya kerap restock lauk frozen.

Mungkin akan ada yang kata tak bagus makan lauk frozen macam ni. Tapi bagi kami, lebih bagus makan lauk frozen daripada beli di luar yang belum tentu bukan lauk frozen dan taktau cara pengendaliannya. Kami pun ada sahaja makan di kedai dan beli bungkus terutamanya bila dah kehabisan stock lauk atau bila travel atau ada urusan di luar. Cuma nak selalu makan di luar tu kos agak tinggi dan belum tentu kena dengan tekak.

Nak masak hari-hari, belum berkemampuan nak buat macam tu. Mungkin satu hari nanti bila dah jadi suri rumah sepenuh masa.

Sumber: Salwa Abu Bakar via Percutian & JJCM Malaysia/Facebook

The post Ini Cara Simpan Lauk Beku Untuk Stok Harian appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*