Dua Pemandu Treler Maut, Kemalangan 7 Kenderaan Pagi Tadi

Dua Pemandu Treler Maut, Kemalangan 7 Kenderaan Pagi Tadi

Kejadian kemalangan tujuh kenderaan di laluan Simpang Pulai-Gopeng di Kilometer 288.1 Lebuhraya Utara Selatan arah utara hari ini menyebabkan dua orang maut.

Nahas berkenaan dilaporkan berlaku kira-kira 7.30 pagi tadi.

Menurut Sinar Harian, kedua-dua mangsa yang maut merupakan pemandu treler yang membawa muatan gula dan barangan logam.

Identiti kedua-dua mangsa bagaimanapun masih belum dapat dikenal pasti.

Dalam pada itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, pihaknya menerima maklumat kemalangan melibatkan melibatkan tiga treler, dua kenderaan pelbagai guna (MPV) dan dua kereta.

“Dua pemandu didapati tersepit dalam kenderaan dan operasi mengeluarkan mereka segera dijalankan.

“Bagaimanapun kedua-dua mangsa telah meninggal dunia. Mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi menyelamat masih dilakukan di lokasi kejadian oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai dengan bantuan Gopeng selepas menerima panggilan pada jam 7.46 pagi,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Seorang mangsa turut mengalami patah tangan dan dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.

Tambah Sinar Harian, laluan dilapor sesak yang berpunca daripada kemalangan berkenaan.

Ia selepas muatan logam dan gula yang dibawa dua treler yang terlibat dalam kemalangan itu bertaburan di atas jalan di kedua-dua arah.

Sementara itu, PLUS menerusi aplikasi X meminta kenderaan dalam perjalanan dari arah Utara untuk keluar di Plaza Tol Simpang Pulai.

Manakala, kenderaan yang datang dari arah selatan pula diminta keluar di susur Gopeng bagi mengelak kesesakan lebih teruk.

Setakat 11.04 pagi tadi, kerja-kerja pengalihan dan pembersihan kemalangan masih berjalan.

PLUS turut memaklumkan lorong di kedua-dua arah juga masih terhalang.

Sumber: Sinar Harian

 

The post Dua Pemandu Treler Maut, Kemalangan 7 Kenderaan Pagi Tadi appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*