Dubur Lelaki Alami Kecederaan Serius, Melambung Ditanduk Tepat Pada Bahagian Dubur

melambung dubur ditanduk

Dubur Lelaki Alami Kecederaan Serius, Melambung Ditanduk Tepat Pada Bahagian Dubur

Seorang matador dilaporkan cedera di bahagian rektum selepas melambung ke udara akibat ditanduk dalam pertarungan lembu tradisional di Sepanyol, lapor Daily Mail.

Alejandro Conquero dilaporkan berada dalam keadaan serius selepas mengalami kecederaan ngeri ditanduk lembu semasa acara tersebut yang berlangsung di Cenicientos, Madrid.

Lelaki berusia 28 tahun dari Huelva di Andalucia dikatakan telah dibawa ke hospital.

Ia sejurus selepas doktor di lokasi persembahan mendiagnosis beliau sebagai ‘kejang di kawasan perianal posterior’.

Kecederaan di bahagian tersebut memerlukan operasi pembedahan rektum melalui tulang ekor dan boleh menjejaskan sfinter luar dubur.

Berdasarkan laporan agensi berita Sepanyol EFE, Alejandro kemudiannya dipindahkan ke hospital Rey Juan Carlos de Mostoles.

BACA: Ramai Lega, Masalah Lif PPR Selesai Selepas Tindakan Ini, Siap Nak Bagi Internet Percuma

Dalam rakaman video yang dikongsi dalam talian, Alejandro dilihat memakai pakaian tradisional yang meriah.

Dia dilihat mengacah lembu jantan dengan sehelai kain berwarna merah jambu dan kuningnya.

Kredit X/@Aibabur

Dia dilihat semakin menghampiri tanduk lembu jantan itu sebelum tiba-tiba dilambung ke udara oleh haiwan yang agresif tersebut.

Alejandro kemudian terjatuh ke atas pasir sebelum lembu jantan yang mengamuk itu menyerangnya dan menanduk di celahan pangkal pehanya.

Lembu jantan itu menujah tegak dia ke udara dengan tanduk lembu tersebut masih berada di duburnya sebelum jatuh semula ke tanah.

Kredit X/@Aibabur

Dalam klip video yang dikongsikan itu, penonton persembahan tersebut boleh didengar menjerit ketakutan sewaktu melihat insiden ganas terbabit.

Alejandro ialah anak kepada matador terkenal Jose Conquero yang dikenali sebagai Taufan Huelva.

Kejadian itu berlaku hanya selepas beberapa minggu seorang matador yang digelar ‘Messi of Matadors’ cedera parah diserang seekor lembu jantan seberat 1,100 paun.

Mangsa dikenali sebagai Andres Roca Rey, 26, mengalami kecederaan parah dan lebam di seluruh badannya sebelum segera dibawa ke hospital pada 25 Julai lalu.

Lembut jantan yang bernama Viruta telah menyerang lelaki Peru itu sebelum mengheretnya kembali ke papan di sekeliling stadium dan melemparkannya ke udara.

Roca Rey dilihat tersungkur ke dinding ketika yang lain bergegas untuk menarik perhatian lembut jantan itu dan menarik Roca ke tempat yang selamat.

Walaupun Roca Rey pernah mengalami kecederaan sepanjang kerjayanya selama lapan tahun dalam acara itu, namun insiden yang terbaru ini adalah yang terburuk pernah dialaminya.

Sumber: Daily Mail

The post Dubur Lelaki Alami Kecederaan Serius, Melambung Ditanduk Tepat Pada Bahagian Dubur appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*