Kumpulan 10 bukan pengkhianat – Hasni

PONTIAN – Sepuluh Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang menandatangani Akuan Sumpah (SD) yang menyokong Perikatan Nasional (PN) tidak sewajarnya dilabelkan sebagai pengkhianat.

Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad berkata, tindakan menadantangani SD tersebut disebabkan mematuhi keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU), ‘ No Anuar, No DAP’, menolak DAP atau tidak bersetuju dengan Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim).

“Kita biasanya diajar untuk mentafsir ayat-ayat Al-Ouran, kita perlu baca sepenuhnya, maka bila kita nak menganalisis dan menandatangani SD, juga harus melibatkan mengapa kita membatalkan SD.

“Tidak boleh cerita soal tanda tangan SD sahaja, pembatalan SD, perkara itu berikutan dan saya tidak perlu menjelaskan mengapa saya menandatangani SD, sedangkan membatalkan SD juga mengikut arahan parti,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Ikrar Perlantikan Ketua-Ketua Kampung Daerah Pontian di Dewan Serbaguna Pejabat Daerah Pontian, hari ini.

Selain Hasni yang juga Pengerusi Badan Perhubongan UMNP Johor, turut menandatangani SD ialah Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Sembrong), Datuk Seri Wee Ka Siong (Ayer Hitam), Datuk Seri Jalaludin Elias (Jelebu) dan Datuk Seri Wee Jeck Seng (Tanjung Piai)

Turut berbuat demikian, Datuk Seri M. Saravanan (Tapah), Isam Isa (Tamping), Adnan Abu Hassan (Kuala Pilah), Arthur Joseph Kurup (Pensiangan) dan Abdul Rahman Mohamad (Lipis).

Hasni yang juga ADUN Benut menambah, beliau sependapat dengan Datuk Seri Hishamuddin bahawa tiada elemen yang mengaitkan 10 Ahli Parlimen tersebut sebagai pengkhianat.

“Di mana letaknya elemen pengkhianatan, cuma kalau kita dengar cakap sesetengah pihak, saya percaya kita harus lihat soal struktur parti,” ujarnya.

Katanya, beliau berharap pucuk pimpinan parti melihat kepada isu SD dalam konteks yang boleh menambah kekuatan parti, tidak melihat mereka yang menandatangan SD itu mahu melemahkan parti.

Menurut beliau, ini kerana hanya seorang dua sahaja Ahli Parlimen berkenaan yang buat kenyataan, kerana sebarang kenyataan boleh mengurangkan sokongan kepada BN bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri nanti.

Sebelum ini Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyatakan kesediaan memaafkan 10 Ahli Parlimen daripada (BN) termasuk daripada UMNO yang menandatangani SD bagi menyatakan sokongan terhadap Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri itu menegaskan, beliau bersama-sama Lembaga Disiplin UMNO akan tetap memantau pergerakan ahli-ahli Parlimen terlibat sama ada mereka melakukan mana-mana kesalahan. – KOSMO! ONLINE

The post Kumpulan 10 bukan pengkhianat – Hasni appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*