Dulu dikecam, sekarang ramai doakan Shuk Sahar

DUA tahun lalu, nama Shuk Sahar pernah ‘dibenci’ ramai kerana terpalit dengan isu curang sehingga rumah tangganya goyah.

Dalam diam-diam, hubungan Shuk dan isteri iaitu Rossa Sera rupa-rupanya sudah kembali pulih apabila mereka menunaikan umrah bersama.

Diva sangka Shuk akan terus menjadi mangsa kecaman tetapi sebaliknya pula berlaku apabila dia dihujani doa agar rumah tangganya kembali pulih dan bahagia.

“Dulu ramai benci Shuk tetapi disebabkan mengaku salah dan tunjuk perubahan, dia harus diberi peluang lagi,” komen netizen.

“Kagum dengan kesetiaan pasangan ini, semoga hubungan mereka akan kekal ke syurga,” puji seorang lagi netizen.

Diva pun harap hubungan mereka akan terus bahagia dan tiada lagi kemelut yang melanda.

DIVA: Jelas terpancar kebahagiaan pada wajah Rossa Sera sepanjang berada di Tanah Suci.

The post Dulu dikecam, sekarang ramai doakan Shuk Sahar appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*