‘Dulu pergi 3,4 kedai pun tak jumpa telur, sekarang lega telur penuh dekat rak’

Stok bekalan telur di pasar raya semakin memulih selepas beberapa pengguna media sosial memuat naik perkongsian menunjukkan bekalan sumber protein itu penuh di rak-rak telur.

Antaranya perkongsian pengguna Facebook, Norhayati Berahim yang memaklumkan bekalan telur di beberapa pasar raya di Melaka seperti Mydin dan Family Store, Melaka Mall mempunyai stok yang cukup.

Norhayati memaklumkan, setiap minggu dia perlu membeli sehingga 5 papan telur untuk 20 orang anaknya, dan lambakan bekalan itu amat melegakan.

“Sekarang sentiasa ada telur, Alhamdulilah. Kami memang banyak pakai telur. Seminggu 5 tepek (papan) kami guna.

“Anak anak semua nak makan guna telur (anak ramai nak dekat 20 orang, kami jaga anak-anak kurang bernasib baik).

“Sejak 5 hingga 6 minggu ini lega nak cari telur. Paling teruk September hingga November 2022. 3 hingga 4 kedai pergi tak jumpa-jumpa. Stress masa tu,” katanya dalam laman kumpulan Facebook Kedai Apa Turun Harga Hari Ini (KETUHAR).

Telur

Menjengah ke ruangan komen, ada beberapa pembeli yang berkongsi hal sama, memberitahu Mydin Seremban 2 juga mempunyai stok bekalan telur yang banyak.

Ada juga yang meninggalkan komen mengatakan kementerian MAFS semakin menampakkan hasil biarpun pada awalnya agak berdepan kesukaran mencukupkan bekalan makanan dalam negara.

‘Pelan-pelan kayuh’

“Alhamdulillah pelan-pelan kayuh. Yang hasad memang lah, hari ini jadi kerajaan esok dah tibai pasal telur. InsyaAllah setahun kita doakan cemerlang,” komen Fadzilah Rozita.

“Pelan-pelan. Kalau kerajaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagus kerjanya, nikmat dia dirasai oleh semua. Pengikut Pas ke, Bersatu ke, PH ke atau siapa pun jangan duk kalut nak meruntuh kerajaan yang baik ini,” kata Nazri Ahmad.

Lambakan telur di pasar raya-pasar raya merupakan hasil inisiatif Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) yang diketuai Datuk Seri Mohamad Sabu dalam usaha mencukupkan bekalan makanan itu.

Mohamad telah mengimport telur dari India sebagai langkah sementara untuk menampung permintaan sehingga bekalan di pasaran tempatan kembali stabil.

Baca juga: Kalah wartawan, lelaki berjaya korek rahsia M Nasir rupa-rupanya anak imam masjid

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*