Nahas Pesawat Di Elmina: Wanita Tak Sangka “Rider” Yang Terkorban Adalah Sepupu Sendiri

rider pesawat elmina

Nahas Pesawat Di Elmina: Wanita Tak Sangka “Rider” Yang Terkorban Adalah Sepupu Sendiri

Seorang wanita tak menyangka selepas mengetahui rider yang terkorban dalam nahas pesawat yang terhempas di Elmina semalam merupakan adik sepupunya sendiri.

Wanita bernama Nurul Nazihah itu berkongsi coretannya berkenaan kejadian tersebut di akaun Facebook miliknya.

Menurut Nazihah, dia yang turut melihat keadaan mangsa yang terbakar menerusi video-video tular pada awalnya turut berasa sedih dan simpati kepada mangsa.

Namun segalanya berubah selepas pihak polis mengesahkan bahawa rider tersebut adalah adik sepupunya sendiri.

“Allahuakbar. Patut la dok sedih sangat-sangat, simpati dengan rider yang terbakar accident dengan pesawat dekat Elmina petang ni. Rupanya Adik sepupu sendiri weyh. Allah Allah. Awat laa kena dekat orang yang ku kenal ni,” tulis hantaran Nazihah tersebut.

Susulan kejadian itu, Nurul Nazihah meminta kenalannya di Facebook untuk mendoakan arwah yang dikenali sebagai Apit.

“Zie Mohon ampa tolong doakan Allah ampunkan dosa-dosanya, ditempatkan dalam golongan orang beriman & diberi kekuatan untuk keluarga kami.

“Al-Fatihah untuk Apit. Orang baik Allah sayang kan. Ampa tolong doa Allah kurniakan Syurga buatnya,” sambung hantaran Nazihah yang meminta orang ramai untuk mendoakan mangsa.

Semua 10 Mayat Mangsa Terlibat Nahas Pesawat Terhempas Ditemukan – KP Selangor 

Sementara itu, kesemua 10 mayat mangsa yang terlibat dalam nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina di Shah Alam, telah ditemukan.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata mayat kesemua mangsa dan lima bungkusan serpihan badan telah ditemukan setakat 10.30 malam ini.

“Ini merupakan pencarian yang pertama dan mayat yang dijumpai ini akan dibawa ke Hospital Klang (Hospital Tengku Ampuan Rahimah) malam ini. Ia bertujuan untuk dimulakan proses bedah siasat dan pengecaman yang akan dilakukan oleh pihak hospital.

BACA: Ramai Lega, Masalah Lif PPR Selesai Selepas Tindakan Ini, Siap Nak Bagi Internet Percuma

“Polis juga akan sambung pencarian kedua selepas berehat sebentar malam ini sekiranya ada lagi (cebisan badan) yang tertinggal dalam pencarian pertama,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian.

Beliau juga percaya proses pengecaman dan bedah siasat akan selesai pada pagi atau tengah hari esok bergantung kepada proses analisis DNA.

Hussein berkata proses pengecaman mayat pertama oleh pihak polis, yang dipercayai penunggang motosikal, telah selesai pada 6 petang tadi.

Sumber: Facebook/Nurul Nazihah

The post Nahas Pesawat Di Elmina: Wanita Tak Sangka “Rider” Yang Terkorban Adalah Sepupu Sendiri appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*