Calon BN Kekal Guna Lambang Dacing Ketika PRN – Ahmad Zahid

bn guna lambang dacing PRN

Calon BN Kekal Guna Lambang Dacing Ketika PRN – Ahmad Zahid

Kesemua calon parti Barisan Nasional (BN) dilaporkan akan kekal menggunakan lambang dacing ketika bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Lapor Sinar Harian, Perkara itu disahkan oleh Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Mengulas lanjut, beliau berkata setakat ini pihaknya belum memuktamadkan soal pembahagian kerusia.

Namun ia telah mula dibincangkan di dalam Sekretariat Kerajaan Perpaduan.

“Soal pembahagian kerusi telah mula bincang tetapi belum dimuktamadkan,” ujarnya.

Ahmad Zahid berkata demikian dalam satu sidang akhbar selepas membuat sesi lawatan rasmi ke Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA) di Putrajaya, pada Khamis.

Jelas beliau, pihaknya masih menjalinkan kerjasama dengan semua parti dalam Kerajaan Perpaduan tetapi akan menggunakan lambag parti BN dalam enam PRN yang bakal diadakan.

Terdahulu, enam kerajaan negeri telah memutuskan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada akhir Jun.

Keputusan itu dibuat kerana mahu memberi laluan untuk PRN diadakan.

Negeri-negeri yang terlibat merupakan Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan, Pulau Pinang, Terengganu dan Kedah.

Difahamkan, enam negeri bersetuju untuk tidak mengadakan PRN serentak dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang lalu kerana mahu membuat persediaan musim tengkujuh.

Pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran DUN.

BACA: PRN: Selangor Bincang Dengan Lima Negeri Lain Bubar Dun Serentak

PN bincang saranan PRN serentak di enam negeri

Disember lalu, media melaporkan parti-parti yang terlibat telah membincangkan saranan untuk mengadakan PRN serentak di enam negeri terlibat.

Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata perkara itu akan dibawa ke Majlis Tertinggi PN untuk dibincangkan secara lebih mendalam.

“Secara peribadi saya sendiri tidak ada masalah sekiranya proses pengundian diadakan serentak di enam buah negeri iaitu di Kelantan, Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang.

“Saya sendiri akan membawa perkara ini ke mesyuarat Majlis Tertinggi PN dan segala keputusan akan dimaklumkan kemudian,” katanya kepada pemberita selepas Pelancaran Dasar Kelantanku Bersih.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata pihaknya berharap pilihan raya bagi enam negeri yang belum mengadakannya dapat dilaksanakan secara serentak bagi memudahkan urusan SPR.

Sumber: Sinar Harian

The post Calon BN Kekal Guna Lambang Dacing Ketika PRN – Ahmad Zahid appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*