Ekspo PAKAR Pertanian 2024 Sebagai Platform Inovasi dan Kemampanan dalam Pertanian Global

Menteri Pertanian dan Keselamatan Makanan Malaysia, YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu akan Merasmikan Ekspo Tersebut

Ekspo PAKAR Pertanian, yang terkenal sebagai salah satu pameran pertanian terkemuka di rantau ini bersedia untuk mempamerkan inovasi terkini dan perkongsian amalan mampan dalam industri pertanian.

Akan dirasmikan oleh Menteri Pertanian dan Keselamatan Makanan Malaysia, YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, acara berprestij ini akan melangsungkan edisi keduanya dari 1 – 3 Mac 2024 di MAEPS Serdang, Selangor, Malaysia dengan kemasukan percuma untuk semua pengunjung.

Dengan lebih daripada 200 peserta pameran dari seluruh negara termasuk Malaysia, Vietnam, Hong Kong, Negara China, Australia dan Amerika Syarikat, ekspo tersebut menjanjikan pameran lebih daripada 1,000 jenama antarabangsa.

Koleksi produk yang luas dan tawaran menarik ini bertujuan untuk menyediakan pengunjung dengan pandangan yang komprehensif tentang kemajuan yang membentuk masa depan industri pertanian pada skala global.

Bagi edisi tahun ini, Ekspo PAKAR Pertanian telah mendapat pengiktirafan dari Kementerian Pertanian dan Keselamatan Makanan dan menerima penyertaan aktif dari jabatan-jabatan utama termasuk Jabatan Pertanian (DOA), Jabatan Perikanan Malaysia (DOF), dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS).

Kolaborasi ini memastikan penerokaan dan pendedahan menyeluruh atas seluruh bidang pertanian, sekaligus mengukuhkan kedudukan ekspo tersebut sebagai platform utama untuk sinergi dan perkembangan industri.

Berdasarkan kejayaan ekspo edisi pertama pada tahun lepas, ekspo tahun ini akan mengadakan sebanyak 70 sesi seminar yang merangkumi topik-topik yang meluas.

Dari topik penanaman pokok dan pembajaan hingga topik IoT dan pertanian pintar, seminar yang diadakan akan mendalami aspek-aspek penting seperti teknologi pertanian, pertanian bernilai tinggi, pelancongan agro, ekonomi kitaran, pengurusan rantaian bekalan, keselamatan tempat kerja, eksport rentas sempadan, dan lebih lagi.

Di antara acara utama ekspo kali ini adalah Klinik Ladang, yang menyediakan konsultasi pertanian percuma kepada para pengunjung.

Selain itu, Ekspo PAKAR Pertanian juga memperkenalkan aktiviti Farm2Store yang diperbaharui, iaitu sebuah platform pasaran dalam talian bagi petani dan pengusaha agro untuk mempamerkan dan menjual produk mereka kepada pedagang, pengimport, atau pengeksport.

Sebagai tarikan tambahan, Ekspo PAKAR Pertanian juga memperkenalkan program Cabutan Bertuah Setiap Jam, membolehkan pengunjung memenangi hadiah menarik sambil mempelajari pelbagai maklumat dan trend produk dari pameran yang diadakan.

Ekspo tahun ini ditempatkan bersama-sama dengan Ekspo Rantaian Bekalan Asia dan Pameran LAB+BIO (Edisi Makanan), mewujudkan satu gabungan platform eksklusif khusus untuk keseluruhan ekosistem bekalan makanan dengan penekanan khusus pada kemampanan.

Peserta boleh meneroka pelbagai aspek rantaian bekalan makanan, termasuk pertanian, pasca penuaian, penyelidikan dan pembangunan, pemprosesan makanan, pembungkusan, logistik, dan pergudangan.

“Di samping menangani isu kritikal keselamatan makanan dan kemampanan global, Ekspo PAKAR Pertanian, Ekspo Rantaian Bekalan Asia, dan Pameran LAB+BIO (Edisi Makanan) pasti akan menjadi destinasi kunjungan pihak berkepentingan industri,” kata Encik Jansen Wong, Pengarah Projek di Ekspo PAKAR Pertanian.

“Acara ini menawarkan peluang unik untuk menyaksikan dan mengetahui inovasi dan amalan terkini dalam industri pertanian dan rantaian bekalan makanan.”

Ketiga-tiga ekspo tersebut akan menjadi acara terbesar yang berperanan sebagai platform untuk membolehkan kolaborasi, perkongsian maklumat, dan peluang perdagangan dalam industri pertanian dan makanan. Untuk mendaftar, sila layari https://bit.ly/VisitorRegistration2024

The post Ekspo PAKAR Pertanian 2024 Sebagai Platform Inovasi dan Kemampanan dalam Pertanian Global appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*