Saintis Berjaya Rakam Ikan Paling Dalam Di Dunia

ikan paling dalam dunia

Saintis Berjaya Rakam Ikan Paling Dalam Di Dunia

SYDNEY– Beberapa orang saintis baru-baru ini dilaporkan telah mencipta rekod apabila berjaya merakam ikan paling dalam di lautan.

Memetik CNN, saintis telah merakam ikan tersebut pada kedalaman 8,336 meter di dasar laut di Jurang Izu-Ogasawara .

Difahamkan, saintis dari Universiti Australia Barat ( UWA ) dan Universiti Sains Marin Tokyo itu telah berjaya mengesan ikan tersebut pada September lalu.

Ikan terbabit dipanggil sebagai snailfish atau ikan siput, ia adalah spesies Pseudoliparis belyaevi yang mempunyai panjang hampir 11cm.

Sebelum ini, ikan siput pernah dikesan pada kedalaman 7,703 meter pada tahun 2008.

Gambar: University of Western Australia

Untuk pengetahuan, para saintis telah melakukan kajian mengenai ikan dasar laut selama 10 tahun sebelum melakukan penemuan terbaru itu.

Ikan paling dalam dunia

Sebanyak tiga ‘pendarat’ atau robot laut automatik dipasang dengan kamera resolusi tinggi. Ia telah dijatuhkan ke dalam tiga jurang iaitu Jurang Jepun, Izu-Ogasawara dan Ryukyu pada kedalaman yang berbeza.

Menurut CNN, Di jurang zu-Ogasawara, rakaman menunjukkan ikan siput paling dalam berlegar dengan tenang bersama hidupan lain di dasar laut.

“Paling penting ialah ia menunjukkan sejauh mana jenis ikan tertentu akan turun di dasar lautan,” kata ahli biologi marin, Alan Jamieson.

Jelas Jamieson, ikan itu diklarifikasikan sebagai juvana dan ikan yang lebih muda sering berada di situ sedalam mungkin untuk mengelak daripada dimakan oleh pemangsa yang lebih besar.

Sementara itu, satu lagi rakaman video pada jarak antara 7,500 dan 8,200 meter menunjukkan beberapa ikan dan hidupan laut sedang mengunyah umpan yang diikat pada robot dasar laut.

“Mereka mempunyai mata yang kecil, badan lut sinar, dan kekurangan pundi kencing, yang membantu ikan lain terapung dan berfungsi untuk kelebihan mereka.

“Lautan Pasifik sangat sesuai untuk kehidupan laut kerana arus selatannya yang hangat. Hal ini menggalakkan kehidupan ini untuk pergi lebih dalam. Kehidupan marin ini memperolehi sumber makanan yang baik di bawah dasar,” katanya.

Jelasnya lagi, mereka ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai hidupan di laut dalam tetapi mempunyai kekangan terutama dari segi kos.

“Cabarannya ialah teknologi mahal dan saintis tidak mempunyai wang yang banyak. Setiap pendarat sahaja menelan kos $200,000 untuk dipasang dan dikendalikan,” katanya.

Gambar: University of Western Australia

Sejarah penemuan ikan paling dalam di Jurang Mariana

Bagi yang belum tahu, panjang Mariana Trench adalah lebih dari 1500 batu dengan lebar rata-rata sekitar 43 batu dan kedalaman 11,043 meter.

Sebagai perbandingan, jika Gunung Everest sebagai gunung tertinggi di dunia dimasukkan ke dalam Jurang Mariana, puncak Gunung Everest masih terbenam di bawah permukaan air laut sejauh 1.6 kilometer.

Hasil penyelaman menunjukkan bahawa terdapat pelbagai hidupan laut di bawah sana. Antaranya, seekor gurita kecil berwarna translusen dan seekor ikan kecil yang disebut mirip dengan Falkor. Falkor adalah seekor naga putih di dalam cerita The Neverending yang terkenal.

Sumber : CNN NEWS 

The post Saintis Berjaya Rakam Ikan Paling Dalam Di Dunia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*