Ekstremisme kaum perlu dianggap jenayah

SHAH ALAM – Akta Perpaduan Nasional perlu digubal dengan menekan tindakan ekstremisme seperti memainkan isu perkauman wajar dianggap sebagai perbuatan jenayah.

Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr. Mujahid Yusuf berkata, cadangan penggubalan itu akan dibawa kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai persediaan untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Katanya, sentimen perkauman dan agama dilihat amat kerap dimaikan dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lalu.

“Ini menyebabkan pemilihan rakyat dilakukan atas dasar sentimen dan dorongan perkauman berbanding fakta.

“Ini sangat mengecewakan. Sudah tentu kita bimbang terutama menjelang PRN, mereka (parti lawan) mungkin menggunakan taktik yang sama,” katanya pada sidang akhbar pada Konvensyen Nadwah Ulama lil Nahdhah Jadidah (NUNJI) 2023, hari ini.

Jelas beliau yang merupakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, saranan penggubalan akta tersebut dimasukkan dalam resolusi Konvensyen NUNJI berkenaan.

“Ini supaya kerajaan mempunyai hasrat politik untuk menghentikan permainan sentimen perkauman dan agama,” ujarnya. – KOSMO!ONLINE

The post Ekstremisme kaum perlu dianggap jenayah appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*