fbpx

Pandangan Tajam, ‘Mata’ Mauna Kea ‘Merenung’ Langit Dirakam ISS

mauna kea mata puncak cantik berbahaya

Pandangan Tajam, ‘Mata’ Mauna Kea ‘Merenung’ Langit Dirakam Satelit

Baru-baru ini, tular sekeping foto puncak Gunung Mauna Kea di Hawaii yang menimbulkan banyak pertanyaan netizen.

Menerusi foto tersebut, puncaknya yang sedang diliputi ais menghasilkan pandangan seolah-olah sepasang mata yang sedang merenung tajam ke arah langit.

Menurut laporan Hawaii News Now, foto berkenaan diambil menggunakan kamera pada Stesen Angkasa lepas Antarabangsa (ISS).

Difahamkan, puncak gunung berkenaan sudah diliputi salji sejak beberapa minggu lepas. Bagaimanapun, imej seakan-akan sepasang mata tersebut hanya boleh dilihat dari sudut tinggi sahaja.

Selain itu, cuaca ekstream yang sedang berlaku di kawasan tersebut juga menghalang akses orang ramai untuk mendaki puncak gunung berkenaan.

Berdasarkan maklumat terkini, suhu puncak Mauna Kea telah menurun ke 20 darjah Fahrenheit (-6.7 darjah Celcius), disertai angin dengan kekuatan 161 kilometer per jam.

Keadaan ini telah memaksa para ahli astronomi untuk meninggalkan puncak berkenaan

Keadaan itu juga memaksa kumpulan penyelidik seperti astronomi yang berada di puncak gunung tersebut meninggalkan kawasan berkenaan dengan segera.

Ahli-ahli astronomi itu sedang menjalankan penyelidikan menerusi kemudahan Teleskop Kanada-Perancis-Hawaii yang berada di puncak gunung berkenaan.

Fenomena cuaca ekstrem itu menyaksikan kumpulan penyelidik tersebut kehilangan banyak masa untuk melengkapkan penyelidikan masing-masing.

Difahamkan, antara fungsi pusat tersebut adalah menjalankan kajian seperti mengesan galaksi, bintang, planet dan asteroid baharu.

Sepasang mata tajam Mauna Kea seakan makhluk purba

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meninggalkan komen berkenaan rupa yang ditunjukkan puncak Mauna Kea dari angkasa lepas.

Antaranya komen yang ditinggalkan oleh seorang wanita yang melihat puncak Mauna Kee yang sedang bersalji itu seolah-olah sepasang mata makkluk purba.

Selain mendakwa ia seolah-olah sepasang mata yang sedang merenung langit, ada juga yang melihat rupa bentuk gunung berkenaan seperti kepada seekor serigala.

Namun begitu, majarotinya melahirkan rasa kagum dan takjub dengan keindahan alam yang terpapar di hadapan mata mereka.

BACA: Kaedah Guna KWSP Sebagai Cagaran Pinjaman Tidak Langgar Akta – PM Anwar

Sumber: Hawaii News Now

The post Pandangan Tajam, ‘Mata’ Mauna Kea ‘Merenung’ Langit Dirakam ISS appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*