Elakkan Makan Cakoi Dan Teh Ais Thai Sebagai Sarapan Pagi – Jabatan Kesihatan Thailand

cakoi dan teh ais thai sarapan

Elakkan Makan Cakoi Dan Teh Ais Thai Sebagai Sarapan Pagi – Jabatan Kesihatan Thailand

Jabatan Kesihatan Thailand menasihatkan orang ramai supaya mengelakkan makan cakoi atau Pa Thong Ko dan teh ais Thai sebagai sarapan pagi kerana ia didapati membekalkan terlalu banyak tenaga dan juga menjejaskan kesihatan.

Memetik CNA, nasihat tersebut dikeluarkan sejurus selepas kedua-dua makanan kegemaran tempatan rakyat Thailand itu mencapai kedudukan sepuluh teratas di senarai makanan TasteAtlas.

TasteAtlas merupakan panduan dalam talian yang memberi tumpuan kepada makanan dan memaparkan ulasan serta cadangan dari golongan profesional dan pengkritik masakan di seluruh dunia.

Baca: Terkenal Sebagai Kampung Jungkook & Jimin BTS, Rupanya Ini Yang Buat Ramai Tak Senang Duduk Bila Sebut Busan

Pada bulan Februari, Pa Thong Ko menduduki tempat kelima dalam senarai 10 makanan jalanan yang dinilai terbaik di dunia oleh TasteAtlas.

Manakala teh ais Thai adalah minuman tanpa alkohol yang ketujuh dengan penarafan terbaik.

Makanan sarapan pagi penduduk tempatan di Thailand

Pa Thong Ko adalah hidangan sarapan biasa di Thailand yang kebiasaannya dimakan dengan susu pekat dan kopi yang manis.

“Untuk mempunyai sarapan pagi yang sihat, adalah dinasihatkan untuk mengelakkan makanan segera yang menyediakan terlalu banyak tenaga atau harus digoreng berulang-ulang kali seperti Pa Thong Ko dengan susu pekat yang manis dan teh ais Thai,” kata Dr Suwanchai Wattanayingcharoenchai, Ketua Pengarah Jabatan Kesihatan pada Khamis lalu.

Pa Thong Ko merupakan cakoi versi Thai atau donut Cina yang dipanggil sebagai YouTiao.

Berdasarkan data dari Biro Pemakanan, 100 gram Pa Thong Ko menghasilkan 441 kalori dan mengandungi 40.56 gram karbohidrat serta 27.79 gram lemak.

Sebiji Pa Thong Ko bersaiz sederhana yang beratnya kira-kira 30 gram, menghasilkan sekitar 132 kalori tenaga dan mengandungi 12 gram karbohidrat dan 8 gram lemak.

“Pa Thong Ko adalah makanan ringan yang mengandungi karbohidrat dan lemak tepu serta menyediakan tenaga yang tinggi,” kata Dr Suwanchai dalam kenyataan itu.

“Ia sesuai untuk orang yang ingin meningkatkan tenaga mereka. Walau bagaimanapun, makanan juga mengandungi tahap natrium yang tinggi dari serbuk penaik atau garam,” katanya.

“Jadi, ia tidak sesuai untuk orang yang mempunyai tiroid yang terlalu aktif dan tekanan darah tinggi,” katanya lagi.

Beliau juga menjelaskan bahawa Pa Thong Ko biasanya digoreng dalam minyak masak kitar semula, yang boleh menyebabkan kanser.

Sehubungan itu, Dr Suwanchai menasihatkan pengguna supaya tidak makan lebih daripada 2 biji Pa Thong Ko setiap hari.

Teh ais Thai boleh memudaratkan kesihatan

Selain itu, teh ais Thai juga dikatakan boleh membawa masalah kepada kesihatan, lapor CNA.

Menurut Dr Suwanchai, 200 mililiter teh ais Thai mengandungi 69 gram karbohidrat, 15 gram lemak dan 53 gram gula (kira-kira 13 sudu teh) dan boleh menghasilkan 430 kalori.

Jelasnya, tubuh badan tidak boleh mengambil lebih daripada enam sudu gula setiap hari.

Pengambilan teh ais Thai yang kerap boleh menyebabkan diabetes, kanser, tekanan darah tinggi, obesiti dan penyakit kardiovaskular serta serebrovaskular.

“Yang paling penting, jangan lupa bersenam untuk membakar tenaga bersama dengan diet anda,” tambah Dr Suwanchai.

Sumber: CNA

The post Elakkan Makan Cakoi Dan Teh Ais Thai Sebagai Sarapan Pagi – Jabatan Kesihatan Thailand appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*