Pelancong Di Bali Nekad Hantar Petisyen Kepada Kerajaan, Tak Tahan Bunyi Ayam Berkokok

pelancong bali hantar petisyen

Pelancong Di Bali Nekad Hantar Petisyen Kepada Kerajaan, Tak Tahan Bunyi Ayam Berkokok

Sebilangan pelancong asing telah menghantar petisyen kepada kerajaan mukim Kuta Selatan, Bali berikutan bunyi ayam berkokok setiap subuh.

Memetik Detik.com, pentadbiran daerah telah melakukan rundingan namun ia telah gagal dan ditolak.

Unit Keamanan dan Ketenteraman (Trantib) Daerah Kuta Selatan telah menerima aduan melalui petisyen 10 tetamu warga asing. Pelancong itu dikatakan telah menginap di rumah tumpangan Anumaya Bay View, Jimbaran.

Petisyen yang diajukan pada hari Khamis, 2 Mac lalu itu dibuat kerana bunyi ayam berkokok telah mengganggu ketenteraman.

Baca: Terkenal Sebagai Kampung Jungkook & Jimin BTS, Rupanya Ini Yang Buat Ramai Tak Senang Duduk Bila Sebut Busan

Pelancong Bali hantar petisyen

Ketua Seksyen Trantib Daerah Kuta Selatan, Kaedk Agus Alit Juwita berkata, kejadian bermula apabila seorang warga Rusia membantah ayam berkokok di tempat kediamannya. Warga Rusia itu membantah kerana merasakan bunyi tersebut bising.

Anumaya Bay View merupakan rumah tumpangan yang sudah lama wujud di kawasan Jimbaran. Biarpun perkara itu melucukan, Alit Juwita mengakui pernah cuba untuk berbincang berkenaan hasrat tetamu dengan pemilik ayam tersebut.

“Semalam kita cuba sampai kepada Made Yadya supaya ayam-ayam itu dipindahkan agak jauh dari homestay,” kata Alit Juwita.

 Namun hasrat itu telah dibantah oleh Made Yaday. Perbincangan tersebut juga telah gagal dan ditolak.

“Ya, kita akan lihat apa keputusan muktamad. Adakah pampasan atau apa, kita hanya sudah sampaikan berkenaan isu ini,” kata Alit lagi.

Terdahulu, Siakap Keli pernah melaporkan berkenaan berita seorang lelaki dilaporkan lumpuh dan nyaris mati selepas memakan kari ayam bhuna di sebuah restoran makanan India kegemarannya di London.

David Miller, 43, mengalami keracunan makanan yang teruk dan kemudiannya menyebabkan dia menghidapi Sindrom Guillian-Barré, penyakit autoimun yang jarang berlaku.

Bapa kepada dua anak itu berada di unit rawatan rapi kerana tidak dapat bernafas dengan baik serta menghabiskan masa berbulan-bulan di hospital untuk pulih.

David yang merupakan kontraktor web itu mula jatuh sakit pada 2016 dan kini telah memilih untuk bercakap mengenai penyembuhannya selama enam tahun.

“Ia agak menakutkan, jelas sekali kami tidak akan kembali ke restoran itu lagi,” kata David.

Sumber: Detik.com

The post Pelancong Di Bali Nekad Hantar Petisyen Kepada Kerajaan, Tak Tahan Bunyi Ayam Berkokok appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*