Elon Musk Akui Banyak Buat Silap Sejak Ambil Alih Twitter

elon musk buat silap

Elon Musk Akui Banyak Buat Silap Sejak Ambil Alih Twitter

AMERIKA SYARIKAT — Pemilik Twitter, Elon Musk mengakui bahawa mengetuai syarikat itu sangat mencabar baginya dan telah melakukan banyak kesilapan sepanjang proses tersebut sejak enam bulan lalu.

Memetik AFP, beliau berkata demikian sewaktu temu bual langsung bersama BBC.

Jelas Musk, beliau mengakui salah satu kesilapannya termasuklah melabelkan akaun penyiaran, NPR sebagai badan media yang dibiayai oleh kerajaan.

“Ya, sudah tentu banyak kesilapan  dibuat sepanjang syarikat ini diambil alih. Namun, semuanya bakal baik-baik saja,” ujarnya.

Kata Musk, siaran nasional Britain kebanyakannya dibiayai menerusi lesen tahunan yang ditetapkan oleh kerajaan. Namun ia dibayar mengikut isi rumah individu.

Kontroversi pelabelan bermula selepas Twitter menyebut langkah serupa melibatkan radio Amerika Syarikat dan rangkaian NPR sebagai milik negeri bersekutu.

Tambahan lagi, media sosial itu turut melabel syarikat yang mempunyai hampir sembilan juta pengikut itu sebagai media kerajaan seperti BBC.

Lebih-lebih lagi, Musk dilaporkan telah menghantar email ke syarikat utama itu dengan emoji “tahi” baru-baru ini.

Akaun Yang Disahkan Twitter Perlu Membayar Langganan Twitter Blue 

Sementara itu, bermula 20 April ini, mana-mana akaun yang disahkan oleh Twitter perlu membuat bayaran bagi langganan Twitter Blue.

“Salah satu sebab saya berbuat demikian kerana sesetengah wartawan menentukan sesuatu berita. Jadi, saya berharap ini dapat menjadikan orang ramai lebih banyak memilih naratif berbanding media memilih naratif,” katanya.

BACA JUGA: Elon Musk Nafi Buang 80 Peratus Pekerja Twitter, Tinggal Hanya 1,300 Staf

Untuk makluman, pengarah syarikat Tesla, Elon Musk telah membeli platform media sosial, Twitter dengan nilai RM194 bilion ($44 bilion) sejak Oktober lalu. Sejak peralihan pemilik baharu, Twitter dilapor mengalami pelbagai masalah dan desakan sejak beberapa bulan lalu.

Twitter Mungkin Bertukar Pemilik Baharu Akhir Tahun 2023

Terdahulu, pemilik platform media sosial itu memaklumkan bahawa Twitter berkemungkinan diambil alih oleh pemilik baharu atau Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)  menjelang akhir tahun ini, lapor AFP.

Musk berkata demikian sewaktu Sidang Kemuncak Kerajaan Dunia di Dubai melalui video.

“Saya rasa mungkin menjelang akhir tahun ini merupakan masa yang terbaik untuk mencari pengganti lain bagi menguruskan syarikat.

“Tetapi saya perlu menstabilkan syarikat dan memastikan ia berada pada tahap yang ‘sihat’. Selain itu, pelan hala tuju produk juga perlu dibentangkan dengan jelas.

“Saya fikir perkara ini mungkin dapat dicapai pada akhir tahun ini,” jelasnya.

Sumber: AFP

The post Elon Musk Akui Banyak Buat Silap Sejak Ambil Alih Twitter appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*