Jenama Kesukaan ‘Mak-mak’, Tupperware Beri Amaran Mungkin Bangkrap

Tupperware Mungkin Bangkrap

Jenama Kesukaan ‘Mak-mak’, Tupperware Beri Amaran Mungkin Bangkrap

Syarikat yang sinonim dengan penghasilan barangan dapur, Tupperware kini berada di ambang kejatuhan dan memberi amaran mungkin gulung tikar.

Amaran tersebut dikeluarkan selepas saham syarikat itu menjunam hampir 50 peratus pada Isnin. Ia merupakan rekod penurunan terbesar dalam sejarahnya.

Saham Tupperware telah ditutup pada US$1.22 (RM5.38) selepas merosot sebanyak 49.6 peratus.

Memetik The Straits Times, para pelabur terkejut selepas mendengar kenyataan yang dikeluarkan Tupperware Brands Corporation pada Jumaat lalu.

Tupperware beri amaran mungkin bangkrap, pelabur terkejut

Dalam kenyataan itu, Tupperware berkata pihaknya telah melantik penasihat kewangan bagi membantunya dalam menambahbaik struktur kapital dan memulihkan keraguan terhadap keupayaan syarikat tersebut.

Sebelum ini, syarikat tersebut mengalami peningkatan pesat dalam tempoh dua tahun pertama pandemik COVID-19. Peningkatan ini disebabkan jualan barangan dapur meningkat ketika tempoh berkurung dan nilai sahamya melonjak kepada AS$37.

Namun, prestasi pascapandemik syarikat tersebut mula menjunam selepas jualan produknya terjejas teruk. Tupperware berkata, jualannya terjejas akibat kekangan tunai dalam kalangan pengguna yang berpunca daripada kadar faedah yang tinggi.

BACA: Cara Nak Bayar Zakat Fitrah “Online”, Guna Aplikasi Maybank

Untuk makluman, Tupperware diasaskan pada 1946 dan antara jenama terkemuka dunia yang mengeluarkan produk-produk bekas simpanan makanan dan minuman moden.

Produk syarikat tersebut boleh ditemui hampir di 70 buah negara. Kebanyakan produknya diedarkan oleh ejen-ejen bebas yang ada di seluruh dunia.

Walau bagaimanapun, jenama yang sudah berusia 77 tahun itu juga tidak terkecuali daripada mengalami cabaran dalam perniagaannya.

Tupperware dilaporkan mengalami kesukaran untuk menarik pelanggan-pelanggan yang lebih muda dalam era persaingan baharu.

Kesukaran ini ditambah dengan faktor permintaan barangan rumah yang semakin berkurangan sejak kebelakagan ini.

Mac lepas, syarikat berkenaan melaporkan kerugian daripada operasi berterusan berjumlah kira-kira US$28.4 juta (RM125.31 juta) pada 2022.

Kerugian berkenaan bagaimanapun lebih rendah berbanding angka yang dicatatkan tahun sebelumnya, sebanyak US$152.2 juta (RM671.58 juta).

BACA: Pengampunan Kepada Najib Budi Bicara Agong – Azalina

Sumber: The Straits Times 

The post Jenama Kesukaan ‘Mak-mak’, Tupperware Beri Amaran Mungkin Bangkrap appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*