Alif Satar Tak Segan Mengaku Membesar Di Rumah Flat, Bawa Anak Imbau Kenangan Sewaktu Kecil

rumah flat alif satar

Alif Satar Tak Segan Mengaku Membesar Di Rumah Flat, Bawa Anak Imbau Kenangan Sewaktu Kecil

“Dekat sinilah Alif membesar waktu kecil dahulu…Macam-macam memori kumpul di sini,” demikian kata-kata penyanyi dan pelakon Alif Satar ketika menziarahi rumah flat di Wangsa Maju yang pernah didiaminya sewaktu kecil.

Penyanyi berusia 32 tahun itu menceritakan kenangan manis kepada umum semasa beliau duduk di rumah flat tersebut sebelum berpindah ke United Kingdom (UK).

“Baru-baru ini Alif ada beritahu waktu sesi temubual dalam Studio Sembang yang Alif adalah salah seorang ‘budak flat’. Ni haa, Blok E1, Wangsa Maju Seksyen 2,” katanya dalam perkongsian di Instagram hari ini.

Tidak malu dengan latar belakangnya, Alif turut memuat naik gambar rumah flat berkenaan bersama tiga orang anaknya.

Sedikit maklumat mengenai Alif, beliau berpindah keluar dari rumah itu kerana ibu bapanya mendapat tawaran biasiswa belajar di luar negara.

Sebaik sahaja ibu bapanya menamatkan pengajian di UK, mereka kembali semula ke tanah air dan menetap di Wangsa Maju sehingga 2000 sebelum berpindah ke tempat lain.

“Kami tinggal di sini dari tahun 1990 sampai darjah satu, iaitu 1997. Selepas itu, ibu bapa saya pindah di UK kerana mereka dapat biasiswa belajar di sana.

“Balik dari UK, kami duduk balik Wangsa Maju sampai tahun 2000, baru pindah ke Hartamas,” ujarnya sambil mengimbau kembali detik-detik duduk rumah tersebut.

BACA: Tak Sangka Doa Makbul, Alif Satar Teruja Jumpa Mufti Menk Di Tanah Suci

Semasa menulis catatan tersebut, Alif sempat menyelitkan sedikit perkara yang membuatkannya gembira.

Menurut Alif, perasaan gembira itu terbit apabila berpeluang membawa ketiga-tiga cahaya matanya ke tempat asal di mana beliau membesar.

Menariknya, pada ketika dia menziarahi rumah itu juga, Alif mendapati bahawa jiran-jirannya masih lagi orang yang sama.

“Paling best, bila bawa anak-anak jalan hari itu. Rupa-rupanya jiran-jiran lama dulu pun duduk sini lagi!

“Mereka semua adalah orang yang baik, saya doakan yang terbaik untuk mereka,” tambahnya.

Justeru Alif mengingatkan kepada orang ramai supaya tidak lupa mengenai asal usul apabila sudah berjaya.

“Hormat orang tua, hargai cikgu-cikgu, hargai dan ingat orang yang sentiasa berada di samping anda semasa perjalanan menuju kejayaan,” nasihat Alif kepada awam.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)

Sumber: @Alifsatar via Instagram

The post Alif Satar Tak Segan Mengaku Membesar Di Rumah Flat, Bawa Anak Imbau Kenangan Sewaktu Kecil appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*