Elon Musk Bukan Lagi Bos, Twitter Kini Diterajui Linda Yaccarino 

elon musk linda Yaccarino twitter

Elon Musk Bukan Lagi Bos, Twitter Kini Diterajui Linda Yaccarino 

NEW YORK  — Bekas Eksekutif Pemasaran NBCUniversal, Linda Yaccarino secara sah mengambil alih jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat media sosial, Twitter daripada Elon Musk hari ini, lapor CNN Business.

Perkara tersebut turut dimuat naik oleh pemilik baharu itu di Twitter miliknya.

 

Menurut laporan The New York Times dan The Information, Yaccarino dijangka bakal memulakan kerja secara rasmi sebagai CEO Twitter hari ini.

Gambar: AFP

Sementara itu, mantan CEO Twitter, Musk sebelum ini turut mengumumkan tentang Yaccarino yang bakal mengambil alih peranannya pada Mei lalu.

Tambahan lagi, Musk juga telah memberitahu bahawa beliau merancang untuk mencari penggantinya. Isu tersebut telah berlarutan sehingga beberapa bulan lalu susulan syarikat itu berdepan pelbagai masalah.

Twitter Menghadapi Masalah Dalaman

elon musk linda Yaccarino twitter
Gambar: AFP

Jelas Musk, dia berharap Yaccarino mampu untuk memulihkan kembali perniagaan pengiklanan Twitter dalam industri iklan. Lebih-lebih lagi dengan peletakan jawatan Ketua Amanah dan Keselamatan Twitter, Ella Irwin pada Jumaat baru-baru ini.

Pada 1 April hingga 1 Mei menyaksikan pendapatan pengiklanan Twitter turun 59 peratus.

BACA JUGA: Elon Musk Akui Banyak Buat Silap Sejak Ambil Alih Twitter

Menurut data daripada firma risikan pasaran, Sensor Tower bulan lalu mendedahkan hanya 43% daripada 1,000 pengiklan teratas Twitter pada September masih mengiklan di platform tersebut (sebulan sebelum pemilik syarikat Telsa itu mengambil alih).

Sejurus Musk memegang Twitter, syarikat itu mengalami kemerosotan ketara sehingga menimbulkan kebimbangan pengiklan tentang hala tuju Twitter.

“Saya tidak peduli sekiranya tweet saya menimbulkan kontroversi dan mengundang kemarahan pengiklan Twitter atau pemegang saham Tesla.

“Saya akan kata apa yang saya ingin katakan walaupun ia boleh menyebabkan kerugian,” katanya kepada CNBC pada bulan lalu.

Elon Musk Bagi “Hint” CEO Baru

Terdahulu, sewaktu Sidang Kemuncak Kerajaan Dunia di Dubai, Musk telah memberi bayangan tentang Twitter berkemungkinan diambil alih oleh pemilik baharu, lapor AFP.

“Saya rasa mungkin menjelang akhir tahun ini merupakan masa yang terbaik untuk mencari pengganti lain bagi menguruskan syarikat.

“Tetapi saya perlu menstabilkan syarikat dan memastikan ia berada pada tahap yang ‘sihat’. Selain itu, pelan hala tuju produk juga perlu dibentangkan dengan jelas.

“Saya fikir perkara ini mungkin dapat dicapai pada akhir tahun ini,” katanya menerusi video.

Sumber: CNN Business

The post Elon Musk Bukan Lagi Bos, Twitter Kini Diterajui Linda Yaccarino  appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*