Diskaun Bayaran Balik PTPTN Bermula 14 Oktober

Adakah anda seorang peminjam pinjaman PTPTN dan ingin membuat pembayaran semula? Tahukah anda, bermula 14 Oktober 2023 sehingga 31 Mac 2024, bayaran semula PTPTN akan diberi diskaun sehingga 15 peratus?

Mesti anda tertanya-tanya, apakah syarat untuk mendapatkan diskaun tersebut? Mari ikut perkongsian informasi dari PTPTN.

Bagi individu yang mahu menyelesaikan baki hutang sepenuhnya, mereka akan mendapat diskaun sebanyak 10 peratus. Mereka (peminjam PTPTN) yang membuat penyelesaian semua baki hutang pinjaman layak untuk mendapat insentif ini.

Untuk individu yang telah menyelesaikan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang mereka dalam sekali bayaran akan mendapat diskaun sebanyak 10 peratus.

Seterusnya, individu yang melakukan bayaran semula PTPTN melalui potongan gaji ataupun debit terus (direct debit) berjadual, akan diberi diskaun sebanyak 15 peratus. Diskaun ini diberi kepada mereka secara automatik tertakluk kepada bayaran yang diterima oleh PTPTN dalam tempoh diskaun.

Pengesahan Baki Dan Membuat Bayaran

Sekiranya mereka mahu membuat pembayaran penuh atau sekurang-kurangnya 50 peratus mereka perlulah memohon pengesahan baki pinjaman telebih dahulu.

Permohonan pengesahan baki pinjaman boleh didapati melalui laman web myPTPTN dan juga Portal Rasmi PTPTN.

Bagaimana pula dengan pembayaran semula? Dimanakah pembayaran harus dilakukan?

Anda boleh melakukan pembayaran melalui Saluran Bayaran Balik PTPTN. Anda juga boleh menyemak bayaran melalui penyata pinjaman masing-masing bermula 7 hari bulan pada bulan berikutnya melalui myPTPTN atau Portal Rasmi PTPTN.

Seterusnya, individu yang ingin melakukan bayaran secara potongan gaji atau secara debit terus, boleh membuat permohonan melalui myPTPTN, Portal Rasmi PTPTN (Potongan Gaji), dan Portal Rasmi PTPTN (Debit Terus).

Sekiranya anda melakukan bayaran semula menggunakan potongan gaji atau debit terus, anda mesti mahu tahu berapa lamakah penerimaan bayaran balik itu, kan?

Bayaran balik secara potongan gaji berpandukan kepada tempoh majikan anda meremitkan kepada PTPTN. Manakala, secara debit terus pula, berpandukan tarikh-tarikh tertentu iaitu pada, 1, 10, atau 27 hari bulan bagi setiap bulan.

Dengan perkongsian ini, harapnya ia dapat membantu anda semua ketika mahu melakukan pembayaran semula PTPTN nanti! Ingat ya, diskaun ini ada tempohnya!

Sumber: PTPTNOfficial

BACA JUGA: Ini Faedah-faedah Belanjawan 2024 Untuk Golongan M40

 

 

The post Diskaun Bayaran Balik PTPTN Bermula 14 Oktober appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*