Enam Berjaya Dibawa Keluar, Seorang Masih Hilang Dalam Kejadian Bangunan Runtuh Di Pulau Perhentian

bangunan runtuh pulau perhentian

Enam Berjaya Dibawa Keluar, Seorang Masih Hilang Dalam Kejadian Bangunan Runtuh Di Pulau Perhentian

Pasukan penyelamat telah membawa keluar mangsa yang terselamat selepas terperangkap dalam runtuhan bangunan yang sedang dalam pembinaan di Pulau Perhentian, hari ini.

Memetik laporan Bernama, empat daripada mangsa berjaya keluar dari runtuhan dan dua lagi mangsa diselamatkan oleh pasukan penyelamat.

Sementara itu, usaha mencari seorang lagi mangsa dipercayai warga Indonesia sedang giat dijalankan.

BACA JUGA: Jodoh Di Balai Polis, Mamat Sepah Imbas Detik Perkenalan Dengan Isteri

Sebelum ini, Bernama melaporkan seramai empat pekerja dipercayai warganegara Myanmar dikhuatiri tertimbus di bawah runtuhan bangunan yang sedang dalam pembinaan di sebuah resort di Pulau Perhentian pagi tadi.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Muhammad Basri Kamarazaman, kejadian tersebut juga menyebabkan empat lagi pekerja warganegara Myanmar mengalami kecederaan.

“Pihak bomba menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian tersebut pada 7.34 pagi tadi dan pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Besut telah bergegas ke lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya mangsa yang cedera telah dihantar ke Klinik Kesihatan Pulau Perhentian untuk menerima rawatan dan pasukan penyelamat sedang mencari empat lagi mangsa yang dikhuatiri masih tertimbus.

JBPM juga telah memohon bantuan Unit Anjing Pengesan K9 serta Unit Udara untuk digerakkan ke lokasi kejadian, katanya lagi.

Sumber: BERNAMA

The post Enam Berjaya Dibawa Keluar, Seorang Masih Hilang Dalam Kejadian Bangunan Runtuh Di Pulau Perhentian appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*