Syed Saddiq Fail Notis Rayuan Hari Ini

Syed Saddiq Fail Rayuan

Syed Saddiq Fail Notis Rayuan Hari Ini

KUALA LUMPUR — Pihak pembelaan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada jam 3 petang memfailkan notis rayuan di Mahkamah Tinggi tidak lama selepas dijatuhi hukuman, lapor Sinar Harian.

Menurut Peguam, Haijan Omar yang mewakili Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) itu, rayuan tersebut dibuat untuk mengetepikan hukuman penjara tujuh tahun, denda RM10 juta dan dua sebatan.

Tambah Haijan, rayuan tersebut difailkan kurang lima jam selepas ahli politik itu dijatuhi hukuman di bawah peruntukan Seksyen 307 Kanun Prosedur Jenayah.

“Kami dikehendaki memfailkan petisyen di Mahkamah Rayuan Putrajaya, dalam tempoh 10 hari selepas menerima rekod rayuan,” jelasnya.

Syed Saddiq, 31, dalam perbicaraan hari ini gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan. Justeru, beliau didapati bersalah atas empat pertuduhan bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA).

Keputusan tersebut diputuskan oleh Hakim, Datuk Azhar Abdul Hamid pada pagi tadi.

Dalam pertuduhan pertama, Syed Saddiq didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim yang diamanahkan dengan dana berjumlah RM1 juta. Kedua-duanya didakwa melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana tersebut.

BACA JUGA: Syed Saddiq Ahli Politik Pertama Dikenakan Hukuman Sebat – Pendakwaan

Mengikut pertuduhan kedua, Ahli Parlimen Muar itu didakwa menyalahgunakan RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise bagi kepentingan diri dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang itu di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya di sini antara 8 dan 21 April 2018.

Dua lagi pertuduhan yang dihadapi Syed Saddiq adalah terlibat dalam aktiviti penggubahan wang haram, iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, dipercayai adalah hasil aktiviti haram di sebuah di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018.

Susulan itu, Presiden Muda berkenaan dihukum penjara selama tiga tahun dan satu sebatan bagi kesalahan bersubahat melakukan pecah amanah di bawah Seksyen 406 Kanun Keseksaan.

Manakala di bawah Seksyen 403 kanun sama, Syed Saddiq dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan satu sebatan bagi satu pertuduhan menyalah guna harta.

Mahkamah hari ini memerintahkan dua hukuman penjara berkenaan dilaksanakan secara berasingan.

Sementara itu, beliau juga dikenakan hukuman penjara dua tahun dan denda RM5 juta bagi setiap pertuduhan membabitkan kes AMLA.

Walau bagaimanapun, sekiranya beliau gagal membayar denda tersebut, mahkamah memerintahkan hukuman penjara berjalan serentak dan tambahan dua tahun.

Sumber: Sinar Harian 

The post Syed Saddiq Fail Notis Rayuan Hari Ini appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*