Periksa Benda Penting Ni Dulu Sebelum Beli Kereta Terpakai, Takut Pernah Tenggelam Banjir

kereta terpakai banjir

Periksa Benda Penting Ni Dulu Sebelum Beli Kereta Terpakai, Takut Pernah Tenggelam Banjir

Setiap individu pastinya memasang impian memiliki sebuah kereta. Pembelian kereta perlulah mengikut kesesuaian bajet dan kemampuan pembeli.

Disebabkan itu, sebahagian orang lebih memilih untuk membeli kereta terpakai (second hand) berbanding memiliki sebuah kereta baharu.

Meskipun harga kereta terpakai ini jauh lebih murah, aspek pemilihannya menjadi ‘kunci’ kepada kepuasan pengguna.

Seperti yang diketahui, kereta terpakai mempunyai latar belakang berbeza sebelum dijual termasuk pernah ditenggelami air banjir. Perkara ini tentunya mahu dielakkan oleh para pembeli kereta terpakai.

Oleh itu, mari ikuti tip yang dikongsikan oleh Pak Wee mengenai cara mengetahui kereta yang pernah ditenggelami air banjir ataupun tidak di bawah ini.

Cara Semak Kereta Second Hand Pernah Tenggelam Banjir Atau Tidak

Dalam perkongsian video di TikTok, Pak Wee memberitahu terdapat beberapa cara mudah  untuk mengetahui sama ada kereta tersebut pernah ditenggelami air  banjir ataupun tidak.

1. Selak Karpet Bawah

Gambar: TikTok@pakwee_oe

Benda pertama yang perlu dibuat sewaktu mencari kereta terpakai ialah buka carbon cover pada bahagian pintu kereta.

Kemudian, selak pada bahagian karpet kereta dan lihat pada bahagian dalamnya. Sekiranya terdapat sebarang kesan lumpur atau banjir, kereta tersebut berisiko pernah ditenggelami air banjir.

“Lumpur tu bukan senang nak cuci, kadang-kadang cuci pun takkan hilang kalau dia terendam dalam jangka masa yang lama,” katanya.

2. Lihat Pada Wayar Kereta

tip beli kereta banjir
Gambar: TikTok@pakwee_oe

Yang kedua adalah lihat pada bahagian wayering kereta di tepi pintu. Pastikan anda periksa dicelah-celah bahagian dalam wayar sekiranya terdapat kesan lumpur.

BACA JUGA: Jangan Terlebih & Terkurang, Abang Ni Kongsi Tip Isi Angin Tayar Kereta Dengan Betul

Jelas Pak Wee, meskipun ia pernah dicuci, pasti mempunyai sedikit kesan lumpur pada bahagian berkenaan.

3. Periksa Seatbelt Kereta

Gambar: TikTok@pakwee_oe

Cara ketiga ini merupakan salah satu cara yang biasa digunakan oleh orang untuk mengetahui sama ada kereta tersebut pernah ditenggelami air banjir atau tidak iaitu dengan menarik seatbelt kereta.

Ketika menarik seatbelt, pastikan ia ditarik sehingga habis. Kemudian, lihat pada tali tersebut sama ada terdapat kesan tompokan atau mempunyai dua ton warna yang berbeza, kereta tersebut mungkin pernah dimasuki air banjir.

tip beli kereta banjir
Gambar: TikTok@pakwee_oe

Sekiranya semua bahagian di atas tidak mempunyai sebarang kesan tersebut, anda boleh memeriksa setiap gumpulan wayar yang terdapat pada bahagian depan di bahagian bawah.

Sama seperti langkah sebelum ini, periksa setiap celah gumpalan wayar-wayar tersebut jika mempunyai lumpur.

Untuk lebih penjelasan boleh tonton video di bawah. Semoga bermanfaat.

@pakwee_oe

Mcm mne nk tau kete tu perna kena banjir? Cara check kereta banjir🤔 #keretabanjir #pakwee #malaysia #dtinzautodetailing #untukkomerajer #tips #tipsandtricks #tipskereta #fypmalaysia #kereta #Makwee #kh_pakwee #kh_pakwee #mohcarimakan #pakweecarimakan #tiktok #2ndhandcar #kereta2ndhand #kereta2ndhandmurah #2ndhandcars

♬ Presentation – FlyFlyMusic

Sumber: TikTok @pakwee_oe

The post Periksa Benda Penting Ni Dulu Sebelum Beli Kereta Terpakai, Takut Pernah Tenggelam Banjir appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*