Entiti Mirip Pocong Dirakam Terbang Atas Kereta

pocong terbang atas kereta

Entiti Mirip Pocong Dirakam Terbang Atas Kereta

Apabila terbenamnya matahari, suasana gelap mula menghiasi langit menunjukkan ia adalah waktu istirahat bagi kebanyakan manusia di muka bumi ini.

Suasana tenang dengan angin yang sejuk menjadikan waktu malam lebih nyaman ditemani dengan bulan dan bintang.

Bagaimanapun, bak kata pepatah air yang tenang jangan disangka tiada buaya kerana pada waktu malam jugalah waktu yang aktif bagi makhluk-makhluk lain seperti makhluk halus.

Tetapi tak ramai juga yang tahu, makhluk-makhluk tersebut juga aktif berkeliaran pada waktu siang ketika ramai yang leka menjalani kehidupan masing-masing.

BACA: Pemandu Ambulans Dakwa Dengar Bunyi Orang Menangis Kat Belakang

Lembaga putih di pameran kereta

Misalnya yang tular baru-baru ini di media sosial yang memaparkan satu rakaman penampakan lembaga putih dirakam kamera litar tertutup (CCTV)  di sebuah bilik pameran kereta di kawasan, Jawa Timur di Indonesia.

Bayangan putih yang disyaki menyerupai pocong dilihat terbang melintasi kereta hingga meraih perhatian ramai susulan pergerakannya di CCTV itu hanya sekilas.

Dalam video yang dimuat naik oleh akaun TikTok @_rama0591, kira-kira jam 6.22 pertang waktu Indonesia bilik pameran tersebut berada dalam keadaan lengang dan tiada kelibat manusia kelihatan.

Pelbagai jenis kenderaan berada di pameran tersebut dan ia diletakkan dalam keadaan tersusun.

Pun begitu, suasana yang hening itu membuatkan entiti tersebut memilih untuk keluar menonjolkan diri tetapi tidak perasan bahawa telah dirakam melalui CCTV.

“Penampakan pocong di bilik pameran,” memetik kapsyen yang ditulis akaun itu.

Sekiranya dilihat dengan teliti, tiada satu pergerakan yang dirakamkan selama beberapa saat dalam suasana sunyi namun setelah itu, muncul lembaga putih yang terbang dengan laju melintasi kereta.

Entiti tersebut terbang dari bahagian bawah menuju ke bahagian atas dengan kepantasan tidak melebihi lima saat dan kejadian dikatakan berlaku pada waktu petang.

Tidak dinafikan, penampakan pocong itu sememangnya mengejutkan pekerja yang bekerja di syarikat tersebut.

Menurut mereka, walaupun langit masih memancarkan cahaya namun entiti itu masih berani untuk keluar.

@_rama0591

Penampakan di showroom Anak indiehome merapat #fyp #fypシ #fypシ゚viral #horror #scary

♬ Suspense, horror, piano and music box – takaya

Sumber: Tribun News

The post Entiti Mirip Pocong Dirakam Terbang Atas Kereta appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*