Eskalator Rosak Tak Dibaiki, Pengguna Letak Kalung Bunga Tanda “Berkabung”

eskalator rosak berkabung

Eskalator Rosak Tak Dibaiki, Pengguna Letak Kalung Bunga Tanda “Berkabung”

Pengguna perkhidmatan kereta api elektrik (KRL) di Stesen Bekasi, Indonesia mempunyai cara yang tersendiri untuk menyatakan ketidakpuasan hati masing-masing.

Ia selepas kemudahan eskalator di stesen berkenaan rosak dan masih tidak dibaiki walaupun sudah lama tidak berfungsi.

Pengguna kemudahan itu dilapor meletak kalung bunga dan replika batu nisan, yang sinonim dengan majlis berkabung atas berita kematian di negara tersebut.

Beberapa keping gambar berkabung dengan keadaan di eskalator berkenaan turut menjadi tular selepas dimuat naik pengguna aplikasi X, Mega Utami.

Menurut pemilik akaun @pernebangroket, eskalator berkenaan didakwa tidak dibaiki dan sudah tidak dapat digunakan selama 100 hari.

Pengguna berkabung eskalator 100 hari rosak tak dibaiki

Dia sebelum itu setiap hari memuat naik foto-foto keadaan eskalator berkenaan yang tidak dibaiki.

Justeru, pada hari ke-100, dia bersama beberapa orang pengguna KRL yang lain berkerjasama mengadakan sambutan ‘100 hari wafatnya eskalator Stesen Bekasi’.

Difahamkan, majlis berkenaan turut disertai oleh pengguna-pengguna lain yang rata-rata menitipkan ucapan takziah masing-masing.

Menurut Kompas.com, peserta dilapor berkumpul di sebuah kafe berdekatan sebelum bergerak menuju ke lokasi ‘pengebumian’ bagi memberikan penghormatan terakhir kepada ‘si mati’.

Selain kalung bunga, mereka turut meletakan kain rentang yang tertera pelbagai ucapan takziah dan tanda berkabung masing-masing.

Antaranya mesej yang disampaikan adalah “Turut Berduka Cita Atas Wafatnya Eskalator Stesen Bekasi” dan “Dari Warga Bekasi”.

Selain itu, mesej “RIP Eskalator Stesen Bekasi” pula tertera pada replika batu nisan yang diletakkan berdekatan dengan ‘si mati’.

Harapan pengguna KRL

Selepas dimuat naik di media sosial, acara berkenaan pantas menjadi viral dan mendapat perhatian warga maya di sana.

Mereka turut tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan takziah kepada eskalator berkenaan.

Cumanya, ucapan takziah itu disampaikan menerusi media sosial, khususnya di ruang komen hantaran dibuat Mega Utami.

Malah, ada pengguna yang sempat menghasilkan grafik dan video-video khas sebagai tanda ingatan kepada si mati.

BACA: Norreen Sebak, Kongsi Kisah Hujan Lebat & Doa Makbul Di Bulan Rejab

Sumber: Kompas.com

The post Eskalator Rosak Tak Dibaiki, Pengguna Letak Kalung Bunga Tanda “Berkabung” appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*