Tak Henti Tabur Jasa, Perajurit Dapur Juga Patut Dihargai Sempena Kemerdekaan

perajurit dapur kemerdekaan

Tak Henti Tabur Jasa, Perajurit Dapur Juga Patut Dihargai Sempena Kemerdekaan

Bahang sambutan Hari Kemerdekaan masih lagi terasa, pastinya setiap orang teruja dapat berkumpul dan menyaksikan perarakan untuk kesekian kalinya.

Apabila bercakap mengenai semangat Kemerdekaan ini, kisah mengenai perjuangan para perajurit akan sentiasa dikenang. Dalam pada itu, erti merdeka juga dapat kita selami melalui perjuangan-perjuangan dalam hidup yang dilalui oleh setiap orang termasuk diri kita sendiri.

Setiap dari kita berjuang untuk memberikan yang terbaik kepada diri sendiri, ibu bapa, pasangan, anak-anak dan orang sekeliling kita tanpa mengenal penat lelah dan putus asa.

Tanpa kita sedar, individu atau kumpulan yang berjuang untuk menyediakan makanan yang enak bagi kelangsungan hidup juga mempunyai peranan yang sangat signifikan.

BACA: Lebih 100,000 Hadir Meriahkan Sambutan Hari Kebangsaan 2023 – Fahmi

Manakan tidak, memasak juga adalah satu tugas yang mencabar kerana bermain dengan api, perlu pastikan sukatan setiap perasa mencukupi, tambah pula dengan masa yang diluangkan untuk menyiapkan setiap juadah.

Sempena bulan Kemerdekaan ini, tak salah rasanya jika nak angkat mereka sebagai pejuang.

Lebih-lebih lagi mereka tanpa penat lelah berjuang demi memenuhi selera rakyat Malaysia yang pelbagai rasa.

Dalam konteks masakan pulak, produk rangkaian SAJI boleh dikatakan sebagai senjata yang paling kuat untuk bertempur di dapur. Ini kerana ia mempunyai rangkaian produk yang menepati keperluan pejuang-pejuang di dapur.

Samalah seperti video yang diterbitkan oleh Saji Malaysia di laman Youtube tentang penghargaan kepada Perajurit Dapur.

Menariknya mengenai Perajurit Dapur sempena Hari Kemerdekaan ini adalah korang berpeluang untuk menang RM18 Touch ‘n Go eWallet.

Peraduan Jawab, Main dan Menang ini bermula dari 18 Ogos sehingga 9 Oktober.

Nak dapatkan maklumat lanjut, layari https://sajiterimakasihmalaysia.com/perajuritdapur/

Sempena Bulan Kemerdekaan ini, SAJI ingin memberikan tabik hormat kepada anda yang berjuang untuk selera rakyat Malaysia dan Terima Kasih kerana menjadikan SAJI sebagai Rahsia yang melazatkan rasa.

BACA JUGA: Ramai Tak Tahu Selain Malaysia, Ini Negara-negara Lain Yang Sambut Hari Merdeka 31 Ogos

The post Tak Henti Tabur Jasa, Perajurit Dapur Juga Patut Dihargai Sempena Kemerdekaan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*