Khairul Aming Kongsi Tips Beli Tiket ‘Standing’ Konsert Coldplay

beli tiket coldplay

Khairul Aming Kongsi Tips Beli Tiket ‘Standing’ Konsert Coldplay

Minggu lalu, kumpulan muzik Coldplay mengumumkan bakal mengadakan konsert jelajahnya di Malaysia pada 22 November depan.

Buat peminat kumpulan tersebut, pengumuman berkenaan pasti menjadi salah satu mimpi indah buat mereka untuk menyaksikan sendiri konsert Coldplay di depan mata secara langsung.

Penjualan tiket konsert pada hari ini juga telah menjadi topik bualan hangat apabila ramai yang tidak berpeluang atau berjaya untuk membelinya secara atas talian.

Namun menerusi perkongsian daripada pempengaruh Khairul Aming pada hari ini, beliau menyatakan keterujaannya apabila dirinya bertuah dapat membeli tiket tersebut.

Malah Khairul Aming juga turut berkongsikan tips beliau bagaimana untuk membeli tiket kategori ‘standing’ bagi konsert Coldplay berkenaan.

Perkongsian yang dibuat di akaun Twitter miliknya telah mendapat perhatian pengguna media sosial yang lainnya.

Menurut Khairul Aming, peminat yang mahu membeli tiket ‘standing’ Coldplay mereka dinasihati untuk terus tetap tekan dekat map bahagian ‘standing’ tersebut.

Jika anda bertuah, maka peluang untuk mendapatkan tiket berkenaan mungkin menjadi milik anda.

Kata Khairul Aming lagi, kawannya yang berbuat cara tersebut dalam tempoh lima minit akhirnya bertuah kerana dapat membeli tiket yang dikatakan sudah habis terjual tersebut.

Berjaya beli 2 keping tiket standing

Tambahnya, hasil daripada menggunakan cara tersebut, kawannya akhirnya berjaya membeli dua tiket ‘standing’ CAT 3 pada pukul 12.40 tengah hari tadi.

“Tips untuk tiket standing, walaupun sold out korang keep tekan dekat map bahagian standing tu. My friend try method sama, dia keep clicking map tu for 5 minutes available balik standing tu. He bought 2 standing tix Cat 3 at 12.40pm just now,” tulis ciapan Khairul Aming tersebut.

BACA: Coldplay Umum Tarikh Konsert Di Malaysia, Tiket Dijual Bermula 16 Mei

Perkongsian daripada Khairul Aming itu turut mendapat reaksi daripada pengguna media sosial yang lain. Mereka juga berkata bahawa cara yang Khairul Aming ajarkan adalah sama seperti cara yang mereka guna untuk dapatkan tiket berkenaan.

“I CAT6 pun tekan lebih 10 kali at last ada available banyak okay and seat memang boleh checkout,” tulis seorang netizen.

“Sama dengan apa apa I buat tadi,” kongsi seorang lagi netizen.

Sumber: Khairul Aming via Twitter

The post Khairul Aming Kongsi Tips Beli Tiket ‘Standing’ Konsert Coldplay appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*