ETIKA Menyampaikan Kesedaran Kesihatan, Keselamatan & Alam Sekitar (HSE) Melalui Pameran Tahunan HSE

Malaysia, 10 Januari 2023 – Faktor keselamatan, kesihatan dan persekitaran sentiasa menjadi elemen kritikal bukan sahaja mendorong peningkatan kesejahteraan pekerja di tempat kerja, tetapi juga untuk membangunkan budaya perniagaan yang positif dalam perbadanan. Sebagai salah satu pengeluar minuman halal terkemuka di Malaysia yang mempunyai beribu pekerja, Kumpulan Etika (“Etika”) komited untuk menyediakan persekitaran kerja yang sihat dan selamat untuk ahli pasukannya dengan meningkatkan kesedaran keselamatan mereka melalui pameran tahunan kesihatan, keselamatan dan alam sekitar (HSE) yang diadakan baru-baru ini.

Berpegang teguh kepada misinya untuk meneruskan usaha mewujudkan cara baharu bagi memperkayakan kehidupan, pameran HSE kembali selepas hampir tiga tahun terhenti akibat pandemik. Pameran yang diadakan pada tahun ini bukan sahaja untuk kakitangan dalaman, tetapi juga dibuka kepada orang ramai terutama di kawasan Kajang, Bangi dan Meru dengan tujuan untuk mewujudkan penglibatan positif dengan masyarakat sekitar di samping menyampaikan pengetahuan berkaitan kesihatan dan keselamatan kepada mereka.

Santharuban Thurai Sundaram, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Etika (Malaysia, Singapura dan Brunei) berkongsi bahawa Etika juga komited untuk memastikan penyediaan kemudahan kebajikan yang mencukupi untuk kakitangannya dan orang ramai. Pameran tahunan ini adalah untuk menanamkan kesedaran kepada ahli pasukan mereka tentang kesihatan mereka disamping memulihara persekitaran kerja melalui langkah-langkah keselamatan yang disediakan. 

“Kami mengutamakan kakitangan kami kerana mereka adalah kekuatan terbesar syarikat, dan kami percaya tiada siapa yang harus diabaikan. Pameran HSE ini memberi peluang yang sama rata kepada semua orang untuk peka terhadap isu kesihatan dan keselamatan kerana kami percaya ia merupakan asas penting dalam menjamin kehidupan yang memperkayakan dan mewujudkan impak positif dalam kalangan masyarakat,” kata Santharuban. 

“Setelah lama tidak dapat mengadakan pameran HSE, kami di Etika mengambil langkah lebih jauh dengan melibatkan masyarakat di sekeliling kami untuk mencapai matlamat kami untuk mempromosikan kesedaran keselamatan dan penyertaan masyarakat. Kami percaya melalui inisiatif ini, ia dapat memberi manfaat kepada kita semua untuk memupuk kesihatan yang baik bukan sahaja untuk ahli Etika, tetapi juga untuk orang lain di persekitaran terdekat kita.” 

Pelbagai program turut diadakan sepanjang pameran HSE seperti menderma darah, demo memadam kebakaran, pemeriksaan kesihatan termasuk kesihatan wanita, pemeriksaan pergigian, pelbagai sudut kesedaran keselamatan kesihatan, ceramah daripada agensi kerajaan dan banyak lagi untuk mendidik orang ramai mengenai kesihatan, keselamatan dan kesedaran alam sekitar. Dengan ini, Etika berharap dapat memaklumkan kepada masyarakat tentang bahaya yang boleh berlaku sama ada di tempat kerja atau di rumah untuk mempengaruhi tingkah laku dan pencegahan kejadian mereka.

The post ETIKA Menyampaikan Kesedaran Kesihatan, Keselamatan & Alam Sekitar (HSE) Melalui Pameran Tahunan HSE appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*