Tak Jadi Mandi, Warga Emas Cedera Diterkam Buaya 

warga emas diterkam buaya

Tak Jadi Mandi, Warga Emas Cedera Diterkam Buaya 

Indonesia — Seorang wanita warga emas dilaporkan diterkam oleh seekor buaya ketika hendak mandi di kawasan saliran parit pada Ahad lalu, lapor IMCNews.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di kawasan Desa Siau Dalam, Kecamatan Muarasabak Timur, Kabupaten Tanjung Jabung Timur (Tanjabtim), Indonesia.

Warga Emas Cedera Diterkam Buaya

Mangsa, 61, sewaktu kejadian dikatakan hendak mandi di parit berdekatan kira-kira 10 meter dari rumahnya.

Salah seorang penduduk, Jamal berkata, sebaik sahaja mangsa menjejakkan kaki ke dalam parit berkenaan, reptilia itu secara tiba-tiba muncul di hadapannya dan bertindak menerkam kaki kanan mangsa.

Difahamkan, air pasang berlaku di parit tersebut pada ketika itu.

“Haiwan itu mengheret badan mangsa ke dasar parit. Ketika kejadian, mangsa secara spontan menendang kepala buaya itu menggunakan kaki kirinya. Ia menyebabkan buaya itu melepaskan gigitannya,” kata Jamal.

Tambahnya, mangsa bernasib baik kerana dapat melepaskan diri daripada gigitan pemangsa berkenaan.

Susulan itu, warga emas itu segera naik ke darat dan menjerit meminta pertolongan.

“Orang ramai segera menghubungi pegawai perubatan tempatan untuk merawat kecederaan serius yang dialami oleh mangsa pada kaki kanannya,” jelasnya lagi.

BACA JUGA: Seram, Ini Rupanya Bunyi Buaya Jantan Cuba ‘Ayat’ Buaya Betina Untuk Mengawan

Mangsa dilaporkan telah mengalami luka pada kakinya dan telah menerima 76 jahitan akibat serangan reptilia itu.

“Kami tidak tahu berapa besar buaya itu. Tetapi, kami berharap pihak berkuasa dapat menangkap atau menghalau buaya liar itu daripada memasuki kawasan perumahan,” ujar Jamal.

Dalam pada itu, Ketua Kampung Siau Dalam, Sarman berkata, mangsa kini telah menerima rawatan daripada bidan kampung berkenaan.

Serangan Buaya

Sementara itu, Ketua RT 20 Kampung Siau Dalam, Assa berkata kejadian tersebut bukanlah kali pertama berlaku melibatkan penduduk sekitar.

“Sebelum ini, terdapat penduduk yang dibaham buaya ketika mandi anak sungai. Di Siau, juga berlaku kejadian yang serupa, mujur mangsa terselamat,” katanya.

Menurut Assa, pihaknya sentiasa memberi amaran kepada penduduk khususnya yang tinggal di sepanjang tebing sungai atau parit agar sentiasa berwaspada dengan serangan haiwan tersebut.

Sumber: IMCNews

BACA JUGA: Gerun Tengok, Tular Penampakan Ular Gergasi 

The post Tak Jadi Mandi, Warga Emas Cedera Diterkam Buaya  appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*