Fabrizio Romano Buka Mulut, Dedah ‘Rahsia’ Macam Mana Korek Berita Perpindahan Pemain

fabrizio rahsia perpindahan pemain

Fabrizio Romano Buka Mulut, Dedah ‘Rahsia’ Macam Mana Korek Berita Perpindahan Pemain

Fabrizio Romano merupakan nama wartawan sukan yang tidak asing lagi bagi peminat bola sepak dunia.

Sebaik sahaja jendela perpindahan pemain dibuka, khususnya di liga-liga ternama Eropah dibuka, akaun media sosial beliau antara yang paling diikuti rapat oleh semua peminat.

Beliau dianggap sebagai ‘Guru’ dalam mengorek dan menyampaikan berita perpindahan pemain bola sepak. Malah, ketepatan serta kesahihan berita melibatkan perpindahan seseorang pemain itu juga langsung tidak diragui mana-mana pihak.

Apabila kalimat ‘Here We Go’ disertakan dalam hantarannya, keterujaan para peminat semakin membuak-buak jadinya. Kenapa? Kalimah yang menjadi tanda dagangan beliau itu adalah petanda bahawa seseorang pemain itu sudah sah berpindah ke sesebuah kelab.

Misalnya, dalam beberapa hari menjelang tarikh tutup jendela perpindahan pemain awal musim ini, ada dua berita yang paling dinanti-nantikan.

Fabrizio dedah rahsia macam mana korek berita perpindahan pemain

Pertama, melibatkan perpindahan Sofyan Amrabat daripada Fiorentina ke Manchester United. Manakala yang kedua pula membabitkan tonggak tengah Belanda yang beraksi bersama Bayern Munich, Ryan Gravenberch ke Liverpool.

Kedua-dua berita perpindahan ini sudah pun Fabrizio noktahkan dengan ‘Here We Go’.

Lalu, ramai yang tertanya-tanya bagaimana beliau mengorek berita perpindahan pemain selama ini? Umum mengetahui, segalanya belaku di sebalik tabir dan kelab biasanya mahu menyembunyikan berita perpindahan ini sebaik mungkin.

Sekurang-kurangnya sehingga perpindahan tersebut berjaya direalisasikan, barulah pengumuman dibuat.

Bagaimanapun, ketika tampil dalam podcast di saluran Youtube, The Rest Is Football baru-baru ini, pertanyaan banyak peminat bola akhirnya terjawab.

Fabrizio dalam podcast tersebut mendedahkan salah satu cara bagaimana beliau mendapatkan sumber berita selama ini.

Katanya, dengan kemunculan pelbagai platform media sosial, khususnya Instagram, komunikasi beliau dengan pemain-pemain bola sepak menjadi mudah.

Jika dahulunya beliau banyak bergantung dengan ejen-ejen pemain, hari ini ramai pemain sendiri yang menghubunginya dan berkongsi sendiri berita perpindahan mereka.

”Ada kalanya saya menghubungi sendiri pemain untuk mendapatkan maklumat. Ada juga pemain sendiri yang menghubungi saya dan berkongsi berita.

”Malah, ada juga pemain yang meminta saya menyebut tentang mereka kerana mereka mahu meninggalkan kelab yang sedang mereka wakili.

”Ia terasa janggal namun ya, ada nama-nama besar bola sepak berhubung dengan saya untuk mendapatkan berita atau berkongsi maklumat,” katanya.

Beliau kemudian mendedahkan bahawa berita perpindahan paling penting dalam kariernya adalah melibatkan perpindahan Bruno Fernandez ke MU. Katanya, berita berkenaan telah mengubah hidupnya sebagai wartawan sukan.

Katanya, berita itu hanya diperolehi selepas beliau menghabiskan sepanjang musim panas memberitahu peminat MU bahawa perpindahan itu tidak akan berlaku.

”Mereka begitu marah dan menegaskan perpindahan itu akan berlaku. Sumber-sumber dari Portugal dan United berkata begitu. Tetapi saya kata, ‘tidak..tidak..tidak”, dia tidak akan menyertai United.

”Tetapi pada Januari, saya menerima sekeping gambar Bruno bersama ejennya berada di dalam pesawat peribadi sedang menuju ke MU. Detik itu mengubah hidup saya,” katanya.

Selain itu, berita-berita perpindahan penting yang lain baginya adalah melibatkan Zinedine Zidane yang mahu meninggalkan Real Madrid.

Menariknya, Fabrizio mendedahkan kelab EPL yang disokongnya adalah Watford. Katanya, beliau menonton perlawanan kelab menentang Leicester City suatu ketika dahulu dan terpesona dengan jaringan Troy Deeney.

Selain itu, beliau menyokong kelab itu juga kerana dia berbangsa Itali dan pemilik Watford adalah orang Itali.

BACA: Kakak Kongsi Arwah Adik Sempat Minta Bergambar Bersama-sama, Buat Kenangan Jika ‘Pergi Dahulu’

Sumber: The Rest Is Football

The post Fabrizio Romano Buka Mulut, Dedah ‘Rahsia’ Macam Mana Korek Berita Perpindahan Pemain appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*