Kakak Kongsi Arwah Adik Sempat Minta Bergambar Bersama-sama, Buat Kenangan Jika ‘Pergi Dahulu’

Adik Minta Bergambar Bersama-sama, Buat Kenangan Jika 'Pergi Dahulu'

Kakak Kongsi Arwah Adik Sempat Minta Bergambar Bersama-sama, Buat Kenangan Jika ‘Pergi Dahulu’

Seorang kakak merasa hiba atas pemergian adiknya termasuk enam ahli keluarga yang lain dalam satu kemalangan, yang mana sebelum ini sempat meminta bergambar bersama-sama untuk dijadikan sebagai kenang jika dirinya ‘pergi terlebih dahulu’.

”Sebelum ini tengok dalam berita, orang meninggal satu keluarga, tapi semalam (Jumaat), kena kat batang hidung saya,”

Itulah reaksi Norhayati Noor Muhamad (51), kakak kepada Norahimah Noor Muhamad (43), salah seorang mangsa kemalangan melibatkan enam sekeluarga di Kilometer (KM) 5, Jalan Segamat-Kuantan pada Jumaat, semalam.

Wanita tersebut mengakui masih terkejut dengan apa yang menimpa keluarga adiknya.

Katanya, sebelum ini dia selalu melihat dan mendengar berkenaan tragedi kemalangan yang melibatkan satu keluarga.

Namun begitu, tidak menyangka bahawa perkara tersebut benar-benar menimpa adiknya sendiri, adik ipar (suami adiknya) serta empat daripada enam orang anak pasangan itu.

“Memang masih terkejut dan tidak sangka kemalangan ini melibatkan keluarga adik saya, dia anak ketiga, saya anak kedua, kami empat beradik.

“Ia memang satu sejarah dalam keluarga kami… tapi kami reda dengan apa yang berlaku,” jelasnya.

Norhayati berkata demikian ketika ditemui  Sinar Harian di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Segamat pada Sabtu, hari ini.

Tambahnya, dia bertemu dengan keluarga adiknya buat kali terakhir ketika majlis perkahwinan adik bongsu pada Ahad, minggu lepas.

Difahamkan, majlis perkahwinan adik bongsunya, Norahila (36) telah diadakan di rumah ibu mereka di Parit Jawa, Muar pada minggu lalu.

Arwah adik sempat meminta untuk bergambar beramai-ramai buat kenangan, jika pergi dijemput Ilahi terlebih dahulu.

Ujarnya, ketika kenduri tersebut, arwah adiknya sempat bergurau mahu mengambil gambar sebagai bahan kenangan sebelum salah seorang daripada adik-beradik mereka ‘pergi buat selama-lamanya’.

“Saya dengan dia (Norahimah) tidak rapat sangat, dia rapat dengan adik bongsu (Noorahila), semasa kenduri hari itu, arwah minta bergambar beramai-ramai, dia cakap mana tahu salah seorang daripada kita pergi dahulu boleh buat kenang-kenangan.

“Rupanya semalam, memang betul dia sekeluarga pergi buat selama-lamanya, kali ini dan saya menerima berita tu kira-kira pukul 7.30 malam bila dapat WhatApps daripada orang awam yang ada di tempat kejadian.

“Orang tu kalau nak tahu apa-apa boleh hubungi Balai Polis Segamat, tetapi saya terus ‘call’ dia dan dapat sahkan memang itu keluarga adik saya,” katanya.

Sementara itu, Norhayati menggambarkan arwah Norahimah sebagai seorang adik yang berperwatakan ceria dan periang serta ibu yang tegas.

Sungguhpunpun begitu, wanita tersebut tidak melihat sebarang tanda yang pelik berlaku sebelum adiknya terlibat dalam kemalangan terbabit.

“Dia seorang yang ‘happy go lucky’, nak kata garang tidak cuma dia seorang ibu yang tegas,” katanya.

BACA: Ingat Benda Sama Rupanya Tak, Ini Beza “Router” Dengan “Modem” WiFi Ramai Tak Tahu

Sumber: Sinar Harian

The post Kakak Kongsi Arwah Adik Sempat Minta Bergambar Bersama-sama, Buat Kenangan Jika ‘Pergi Dahulu’ appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*