Suami Isteri Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

suami isteri meninggal dunia

Suami Isteri Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

SEREMBAN, 2 Jan (Bernama) — Sepasang suami isteri ditemukan meninggal dunia di rumah mereka  di kondominium Jalan Keliling dekat sini pada tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Arifai Tarawe berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 12.49 tengah hari.

Beliau berkata mangsa lelaki, 34, yang juga warga asing, merupakan tenaga pengajar di sebuah sekolah antarabangsa di Port Dickson manakala isterinya, warga tempatan berusia 31 tahun, adalah doktor di sebuah klinik pergigian di Linggi.

“Siasatan di tempat kejadian dan pemeriksaan tubuh badan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dikesan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Mayat pasangan berkenaan dihantar ke bahagian forensik Hospital Tuanku Ja’afar di sini untuk bedah siasat,” menurutnya dalam kenyataan di sini malam ini.

Sesiapa yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Adi Khusaini Saripudin di talian  012-770 7282 atau Ibu Pejabat Daerah Seremban di 06- 6033 222.

Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki dilaporkan maut apabila lehernya tersepit pada pintu masuk sebuah bank dalam satu insiden di Kota Kemuning hari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim,  kira-kira jam 7.29 pagi tadi, pihaknya telah menerima maklumat oleh orang awam berhubung kejadian.

Sumber: BERNAMA

BACA: Pesawat Japan Airlines Terbakar Semasa Mendarat

The post Suami Isteri Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*