Famili Duo Musim Kedua: Yamani & Zaki Dinobat JUARA – Mas Idayu Ikhlas Puji Persembahan Sissy Iman, Naim Daniel

Tahniah diucapkan kepada pasangan adik beradik, Yamani Abdillah dan Zaki Yamani apabila dinobat sebagai juara program Famili Duo musim kedua, sekaligus melayakkan mereka membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM100,000.

Di pentas akhir program tersebut, kedua-dua anak kepada penyanyi Datuk Jamal Abdillah itu mempersembahkan lagu medley berjudul ‘Hutang’ dan ‘Bunga’, sesuai tema Lagu Dari Juara Lagu dan juga ‘Kau Pun Sama’ untuk tema bebas.

Yamani dan Zaki meluahkan rasa syukur atas kemenangan mereka di pentas pertandingan penuh mencabar itu, selain turut mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada barisan juri.

“Terima kasih terutamanya untuk doa kalian dan ibu bapa kami,” kata Yamani.

Klik untuk gambar besar

“Terima kasih Famili Duo kerana memberi peluang kepada kami. Terima kasih Abang Ajai dan Mummy (Mas Idayu). Terima kasih ibu saya yang beri semangat,” tutur Zaki pula.

Sementara itu, tempat kedua dirangkul oleh pasangan adik beradik, Ayda Jebat dan Fyna Jebat sehingga berjaya menbawa pulang wang tunai RM20,000.

Bagi pasangan sepupu, Bella Astillah dan Wani Kayrie pula berjaya merangkul tempat ketiga dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000.

Tempat keempat pula jatuh kepada Sissy Imann dan Naim Daniel, dimana pasangan sepupu itu membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000.

Sementara itu, juri tetap Famili Duo iaitu Mas Idayu akhirnya ‘membuka mulut’ pada minggu akhir selepas tidak memberikan sebarang komen untuk persembahan Sissy dan Naim pada minggu lalu.

Tindakan Mas atau nama penuhnya Mas Idayu Mesnun, 51, memilih untuk ‘membatu’ dan kelihatan seakan ‘merajuk’ itu disebabkan kontroversi panas apabila penyanyi dangdut tersebut dikecam hebat selepas memberikan komen yang dianggap mematahkan semangat Sissy.

<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA – SILA KLIK >>

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*