Perhimpunan terbesar ‘Kuil Syaitan’ bakal diadakan di Amerika Syarikat

BOSTON, MASSACHUSETTS – Satu perhimpunan kumpulan berunsur iblis bakal diadakan di Boston, negeri Massachusetts, yang dijangka menjadi acara terbesar seumpama itu pernah diadakan, lapor akhbar Daily Star semalam.

Bernaung di bawah kumpulan The Satanic Temple, penganjuran acara itu sebelum ini telah ditolak oleh Datuk Bandar Boston, Michelle Wu.

Organisasi berpangkalan di Amerika Syarikat itu akan mengadakan acara dinamakan  SatanCon 2023 di bandar Boston April ini meskipun ditentang Michelle.

Berikutan penentangan itu, The Satanic Temple membuat keputusan untuk mendedikasikan sambutan tersebut kepada Michelle serta ‘usahanya yang tidak berlandaskan perlembagaan bagi melarang penubuhan organisasi tersebut’.

Kumpulan tersebut juga pernah memfailkan tuntutan saman terhadap bandar itu pada 2021 kerana menafikan peluang mereka untuk membentangkan ‘pelan iblis’ di hadapan mesyuarat Dewan Bandaraya. – Agensi 

The post Perhimpunan terbesar ‘Kuil Syaitan’ bakal diadakan di Amerika Syarikat appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*