Penghuni flat jadikan koridor rumah tempat longgok barang undang tanda tanya

Tindakan seorang penghuni pangsapuri menjadikan koridor rumah sebagai tempat melonggokkan barang-barang terpakai, undang tanda tanya dalam kalangan penduduk.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan lokasi sebenar pangsapuri berkenaan.

Menerusi perkongsian di Facebook Taman Sri Gombak, salah sebuah rumah terlihat penuh dengan lambakan barang di hadapan rumah sehingga menghalang laluan penduduk di situ.

Penghuni

Bahkan orang ramai juga tertanya bagaimana pemilik rumah dan penduduk di sana melalui koridor tersebut.

Koridor itu penuh dengan barangan seperti televisyen, peti ais, basikal, tilam, rak, dan beberapa barangan kelengkapan rumah yang lain.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut tertanya apa yang jadi sebenarnya.

Mereka membuat anggapan kemungkinan pemilik rumah sedang membuat pembersihan rumah sehingga perlu meletakkan perabot di luar rumah.

“Bersangka baik, mungkin dia buat pembersihan satu rumah. Buat sementara letak semua barang di luar rumah,” kata Lily Zen.

Baca juga: Peniaga durian pun tak ketinggalan jual durian Menu Rahmah hanya RM4.99 sebekas

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*