FamilyMart Malaysia Tetap Pendirian Tak Sokong Keganasan

familymart pendirian

FamilyMart Malaysia Tetap Pendirian Tak Sokong Keganasan

FamilyMart Malaysia menegaskan bahawa ia tetap dengan pendiriannya yang tidak menyokong sebarang keganasan atau pembunuhan.

Jelasnya, pada hari ini pihaknya telah dimaklumkan bahawa Itochu Aviation akan menamatkan MoU dengan Elbit Systems.

“Kami ambil maklum mengenai seruan di media sosial untuk memboikot FamilyMart di Malaysia.

“Pada Mac 2023, ia dilaporkan Itochu Aviation (anak syarikat kepada Itochu Corporation) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Nippon Aircraft Supply dan Elbit Systems untuk mengimport teknologi pertahanan ke Jepun bagi tujuan keselamatan negara Jepun.

“Kami dimaklumkan hari ini (5 Februari 2024) oleh FamilyMart Co., Ltd Japan bahawa Itochu Aviation akan menamatkan MoU tersebut, seperti yang dilaporkan dalam berita di Jepun,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, perkara itu dibuat kerana mahu memberi sokongan kepada kerajaan Jepun selain mahu menghentikan pembunuhan beramai-ramai di Gaza.

“Keputusan ini dibuat bagi menyokong sokongan kerajaan Jepun terhadap perintah Mahkamah Keadilan Antarabangsa (International Court of Justice) baru-baru ini, yang termasuk mencegah tindakan pembunuhan beramai-ramai di Semenanjung Gaza.

“FamilyMart Malaysia ingin mengulangi pendirian bahawa kami tidak menyokong keganasan atau pembunuhan,” ujarnya.

Terdahulu, tular di media sosial berkenaan isu boikot terhadap kedai sebaneka Jepun, FamilyMart yang didakwa mempunyai kaitan dengan negara tersebut.

Sumber: FamilyMart Malaysia/Facebook

BACA: Doktor Malar Kongsi Jumlah Air Sebenar Yang Diperlukan Badan

The post FamilyMart Malaysia Tetap Pendirian Tak Sokong Keganasan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*