Kanak-kanak Ditemui Kritikal Dalam Mesin Basuh

Kanak-kanak maut dalam mesin basuh

Seorang kanak-kanak perempuan ditemui kritikal di dalam mesin basuh di sebuah rumah pangsapuri milik sebuah keluarga dalam satu kejadian yang berlaku di Paris pada Khamis, lapor Daily Mail.

Susulan itu, pihak berkuasa Paris melancarkan siasatan pada Jumaat keesokannya ekoran penemuan mangsa yang berumur tiga tahun kira-kira jam 10:30 malam yang dijumpai oleh ahli keluarganya.

Difahamkan segalanya bermula apabila ibu bapa mangsa yang masing-masing berusia 48 dan 37 tahun serta salah seorang adik-beradiknya sedang menikmati makan malam, namun ketika itu kelibat mangsa tidak kelihatan.

Justeru, seluruh ahli keluarga memulakan misi pencariannya di dalam dan di luar rumah selain turut meminta bantuan daripada jiran-jiran mereka.

Namun tidak disangka-sangka, pencarian mereka berakhir apabila bapa mangsa menemui mangsa di dalam mesin basuh rumah mereka, dipercayai dalam keadaan kritikal, menurut laporan Le Parisien.

Justeru bapa mangsa segera menghubungi perkhidmatan kecemasan untuk dapatkan bantuan awal, namun mangsa disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu, kira-kira pukul 11.30 malam.

Menurut bapa mangsa, pintu mesin basuh tersebut dikatakan masih tertutup ketika mangsa dijumpai dan ia berada dalam keadaan tidak dihidupkan (off).

Butiran awal menunjukkan bahawa mangsa dipercayai sesak nafas dan tiada tanda-tanda keganasan ada pada badannya.

Bagaimanapun siasatan lanjut dikendali Unit Khas Perlindungan Kanak-kanak masih dijalakan (setakat dilaporkan).

Menurut sumber, pasangan itu mempunyai lima orang anak termasuk mangsa, masing-masing dalam berumur antara tiga hingga 18 tahun.

Kanak-kanak maut dalam mesin basuh
Kredit: Daily Mail

Difahamkan kes kanak-kanak terperangkap di dalam mesin basuh seperti itu bukanlah kali pertama terjadi.

Sebaliknya turut sama berlaku di Spring, Texas apabila seorang kanak-kanak lelaki berumur tujuh tahun ditemui mati di dalam mesin basuh beberapa jam selepas ibu bapanya melaporkan kehilangannya.

Pegawai polis tiba di rumah dan melakukan siasatan terhadap pasangan itu dan mereka berkata anak mereka hilang sekitar jam 4 pagi.

Berdasarkan maklumat-maklumat yang diperoleh, pihak penyiasat mengarahkan pasukannya untuk menggeledah keseluruhan rumah untuk mencari kanak-kanak itu.

Hasil siasatan mendapati mayat kanak-kanak tersebut dikesan berada di dalam mesin basuh.

Susulan itu, kedua-dua pasangan terbabit telah disabitkan kesalahan berkenaan kematian kanak-kanak itu, dipercayai kemungkinan berkaitan pengabaian.

Sumber: Daily Mail

The post Kanak-kanak Ditemui Kritikal Dalam Mesin Basuh appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*