JAKIM Nafi Keluarkan Ketetapan Tarikh Hari Raya

JAKIM Tarikh Raya

JAKIM Nafi Keluarkan Ketetapan Tarikh Hari Raya

KUALA LUMPUR — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menafikan kenyataan yang dibuat oleh pihak tertentu berhubung penetapan tarikh Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 1444H /2023M.

Menerusi satu perkongsian di akaun Facebook JAKIM menjelaskan bahawa penetapan tarikh tersebut bukan dibuat oleh pihaknya.

Sehubungan itu, JAKIM berharap orang ramai menghormati proses penetapan tarikh perayaan berkenaan.

“Semua pihak dinasihatkan supaya menghormati proses penentuan rasmi tarikh Hari Raya di negara ini.” maklumnya di Facebook.

Tambah JAKIM, berita penetapan tarikh akan disampaikan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja (PMBRR). Ia sesuai selaku pihak yang diamanahkan oleh Majlis Raja-Raja.

BACA JUGA: Lebuh Raya Arah Utara Sesak, “Hari Ni Baru Khamis…”

Sebelum ini, JAKIM telah memperingatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang andaian mengenai ‘Raya Mengejut’ pada tahun ini.

“Jakim ingin memaklumkan, bahawa pengisytiharan tarikh 1 Syawal pada setiap tahun bagi negara Malaysia adalah dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui media utama. Ia sejurus menerima laporan hasil cerapan anak bulan yang dibuat di 29 lokasi cerapan rasmi.

“Dan setelah mendapat perkenan SPB Yang Di-Pertuan Agong yang mewakili Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja,” kata Jakim dalam satu kenyataan.

Tular Tarikh Akhir Ramadan 1444H

Mengulas lebih lanjut, baru-baru ini turut tular satu tangkap layar yang memaparkan tarikh akhir Ramadan adalah pada 20 April 2023.

Susulan itu, ia telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan warganet tentang tarikh perayaan itu bagi tahun ini.

Menurut JAKIM, cerapan Hilal Syawal bagi tahun ini bakal berlangsung pada petang hari Khamis, 29 Ramadan 1444H bersamaan 20 April 2023.

Oleh itu, orang ramai disaran membuat semakan ketepatan tarikh hijri yang terdapat pada jam digital azan khususnya di masjid dan surau.

Keadaan itu bagi memastikan ia sentiasa selari dengan kalendar hijri yang dikeluarkan oleh pihak bertauliah.

Raya Mengejut 2022

Pada 1 Mei tahun lalu, seluruh rakyat Malaysia dikejutkan apabila sambutan Hari Raya Aidilftri jatuh pada Isnin, 2 Mei 2022, lapor Astro Awani.

Hal ini kerana rakyat meramalkan sambutan tersebut jatuh pada Selasa, 3 Mei 2022.

Ekoran itu, suasana bertukar kelam-kabut selepas pengumuman oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Syed Daniel Syed Ahmad dalam satu siaran langsung khas.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

The post JAKIM Nafi Keluarkan Ketetapan Tarikh Hari Raya appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*