Filem Avatar cecah kutipan RM4 bilion seluruh dunia

NEW YORK: Filem Avatar: The Way of Water berjaya memecah rekod pecah panggung dengan kutipan mencecah AS$1 bilion (RM4 bilion) di seluruh dunia.

Setakat Selasa lalu, kutipan pecah panggung di peringkat global bagi sekuel filem itu sudah mencecah AS$1.03 bilion (RM4.12 bilion).

Filem epik hasil sentuhan pengarah, James Cameron berjaya melepasi pencapaian membanggakan dalam tempoh 14 hari sebagai filem keeenam terpantas mencapai penanda aras kutipan sepuluh angka.

Filem Avatar pertama yang ditayangkan pada 2009 turut memegang rekod paling pantas mencecah kutipan bilion dolar dalam masa 19 hari sahaja.

Sebelum ini, filem Spider-Man: No Way Home berjaya mengutip AS$1.90 bilion (RM7.6 bilion); Top Gun: Maverick (AS$1.48 bilion)(RM5.92 bilion); dan Jurassic World: Dominion (AS1.001 bilion)(RM4.004 bilion).

Ketika musim cuti masih berterusan, Avatar dijangka mengekalkan prestasi baik terutamanya di pasaran barat kerana kebiasaannya tempoh selepas Krismas merupakan masa paling menguntungkan buat pawagam.

Sempena Tahun Baharu nanti, filem itu dijangka mencecah kutipan AS$1.30 bilion (RM5.2 bilion) di seluruh dunia.

Jika trend masih berterusan, filem itu dijangka mencapai kutipan AS$2 bilion (RM8 bilion) menjelang penghujung kutipan bagi filem pecah panggung.

Cameron menggelarkan filem ini sebagai Avatar kerana ia merupakan sebuah fiksyen sains yang menceritakan semula sejarah Amerika Utara dan Selatan ketika zaman penjajahan awal.

Filem Avatar pertama pada 2009 diterbitkan menggunakan teknologi 3D dan visual yang menakjubkan sehingga berjaya menjadi filem yang mencatat kutipan tertinggi sepanjang masa.

Selepas 13 tahun, filem yang menelan kos lebih AS$350 juta (RM1.5 bilion) itu mencipta kejayaan memberangsangkan dengan rekod kutipan AS$175 juta (RM775 juta) pada hari pertama ditayangkan, 14 Disember lalu.-AGENSI

The post Filem Avatar cecah kutipan RM4 bilion seluruh dunia appeared first on Utusan Malaysia.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*