Hampir Separuh Penumpang Dua Pesawat Dari China Tiba Di Itali Dilapor Positif Covid-19

Hampir Separuh Penumpang Dua Pesawat Dari China Tiba Di Itali Dilapor Positif Covid-19

Pihak berkuasa kesihatan Itali dilapor akan mula membuat ujian COVID-19 kepada semua penumpang yang tiba dari China selepas hampir separuh penumpang dalam dua penerbangan ke Milan dari negara itu didapati positif Covid-19.

Bagaimanapun, kebanyakan penumpang yang telah disahkan positif COVID langsung tidak menunjukkan sebarang simptom. Pun begitu, media tempatan melaporkan bahawa terdapat kebimbangan peningkatan semula kes jangkitan dalam kalangan pegawai kesihatan mengenai varian COVID baharu yang muncul dari China.

Menurut Kementerian Kesihatan Itali, mereka sedang menyusun semula ujian yang dilakukan di Milan bagi melihat sama ada terdapat varian baharu ataupun sebaliknya.

Sekiranya varian baharu ditemui, para pegawai mungkin bakal mengenakan sekatan yang lebih ketat ke atas setiap perjalanan dari negara itu.

Sebelum ini, Itali merupakan negara Eropah yang pertama yang teruk dilanda Covid-19 pada awal 2020.

Walaupun kadar penumpang yang disahkan positif COVID sangat tinggi, namun salah satu faktor yang memihak kepada Itali adalah kerana negara itu mempunyai kadar vaksinasi yang tinggi.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lebih daripada 80 peratus populasi Itali telah disuntik sepenuhnya dengan vaksin Covid-19, malah jumlah penerima suntikan dos penggalak juga bertambah.

Dalam pada itu, negara China yang berdepan dengan peningkatan kes COVID-19 kebelakangan ini telah memansuhkan polisi sifar COVID-19 yang ketat dan melonggarkan sekatan pergerakan termasuk membenarkan rakyatnya melakukan perjalanan ke luar negara.

Susulan itu, ia telah mendorong kebanyakan negara termasuk Amerika Syarikat untuk mempertimbangkan sekatan baharu terhadap mana-mana kemasukan pelancong dari negara tersebut.

Selain itu, negara UK juga akan memastikan pengawasan yang ketat dilakukan terhadap virus tersebut, namun setakat ini tiada ujian mandatori yang akan dikenakan ke atas penumpang yang tiba dari China.

Manakala di Jerman, pihak berkuasa kesihatan sedang membuat pemerhatian dengan lebih teliti tentang kes COVID-19 di negara itu.

“Kami tidak mempunyai sebarang petunjuk bahawa mutasi yang lebih berbahaya telah merebak di China dimana ia akan menimbulkan pertambahan kawasan varian COVID-19 sekaligus mengakibatkan sekatan perjalanan,” tambahnya.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Perancis juga dipercayai sedang memantau perkembangan virus tersebut, malah pihaknya turut menambah bahawa mereka sudah bersedia untuk mengambil sebarang langkah yang boleh dilaksanakan dengan kerjasama rakan kongsi Eropah Perancis.

Sumber: Fortune

The post Hampir Separuh Penumpang Dua Pesawat Dari China Tiba Di Itali Dilapor Positif Covid-19 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*