Filem Malbatt: Misi Bakara Ditayang Dalam IMAX 18 Ogos Ini

malbatt imax

Filem MALBATT: Misi Bakara Ditayang Dalam IMAX

Filem Malbatt: Misi Bakara arahan Adrian Teh dilapor menjadi filem tempatan pertama yang ditayangkan dalam format IMAX di pawagam terpilih seluruh negara pada 24 Ogos ini.

Berita gembira itu dimaklumkan oleh Golden Screen Cinemas (GSC) di Facebook pada Selasa.

“Baru diumumkan, Malbatt: Misi Bakara akan menjadi filem Malaysia pertama yang ditayangkan dalam IMAX.

“Ini adalah satu pencapaian yang penting untuk industri filem Malaysia,” maklum syarikat itu.

Difahamkan, orang ramai boleh menonton filem tersebut seawal 18 Ogos ini di skrin IMAX.

Manakala, tarikh tayangan bagi format lain pada 24 Ogos depan dan orang ramai boleh menonton filem itu dengan pengalaman sinematik yang tiada tandingannya.

“Tonton filem ini di dalam IMAX seawal 18 Ogos, dan dalam format lain bermula 24 Ogos! Tiket akan dijual tidak lama lagi,” ujarnya.

Filem ini mengisahkan kisah benar tentang 19 askar dari Rejimen Askar Melayu Diraja (RMD), yang dihantar untuk menyelamatkan 70 renjer Amerika Syarikat (US) yang terperangkap di Pasar Bakara, Somalia semasa Perang Saudara pada tahun 1993.

Sementara itu, MALBATT pula membawak maksud Malaysian Battalion atau Batalion Malaysia.

BACA: Vietnam “Banned” Filem Barbie Gara-Gara Peta “Nine-Dash Line”

Menurut Adrian Teh, Malbatt: Misi Bakara menelan perbelanjaan sebanyak RM20 juta sekali gus menjadikannya sebagai filem pertama dengan kos tertinggi di negara ini.

Dalam pada itu, filem itu turut dipersembahkan Tentera Darat Malaysia diikuti enam syarikat penerbitan gergasi.

Mereka adalah Berjaya Pictures, Act 2 Pictures, Fast Bikes, Aurum Investments Limited, Golden Screen Cinemas dan Astro Shaw.

Filem itu dibintangi oleh beberapa barisan pelakon ternama seperti  Bront Palarae, Shaheizy Sam, Hairul Azreen, Zahiril Adzim, Iedil Dzuhrie Alaudin, Adlin Aman Ramlie, Fauzi Nawawi, Tony Eusoff, Syazwan Zulkifli, Dafi Ismail Sabri, Taufiq Hanafi, Nafiez Zaidi, Dini Schatzmann, Gambit Saifullah, Theebaan G, Safwan Nazri dan Ikhram Juhari.

Sebelum ini, Adrian Teh meluahkan hasratnya untuk menjadikan filem Malbatt itu sebagai filem negara pertama yang ditayangkan dalam skrin IMAX.

Sumber: GSC/Facebook, Sinar Harian

The post Filem Malbatt: Misi Bakara Ditayang Dalam IMAX 18 Ogos Ini appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*