Fosil Tapak Kaki Dinosaur Didakwa Ditemui Di Thailand

Tapak Kaki Dinosaur

Penduduk Ban Nam Kham, Thailand digemparkan dengan penemuan fosil dipercayai tapak kaki dinosaur yang terletak di Taman Hutan Phu Faek, wilayah timur laut Kalasin, memetik laporan Thaiger.

Hasil siasatan dijalankan, Jabatan Sumber Mineral mengesahkan bahawa penemuan lebih daripada 10 kesan tapak kaki di kawasan berbatu tersebut adalah dipercayai milik dinosaur jenis karnivor (pemakan daging).

Tambah mereka lagi, kesan tapak kaki yang berukuran antara 21 hingga 30 sentimeter (cm) panjang dan lebar antara 17 hingga 31 cm tersebut ditinggalkan oleh dinosaur bersaiz kecil.

Malah, pegawai jabatan berkenaan menganggarkan bahawa dinosaur tersebut berkemungkinan hanya memiliki ketinggian kira-kira dua meter dengan panjang lima meter.

Tapak Kaki Dinosaur
Kredit: Thaiger

Memetik Thaiger, ia adalah penemuan pertama tapak kaki atau sebarang bukti mengenai spesies dinosaur khususnya di Thailand sehingga menjadikannya sebagai yang terpenting bagi konteks saintifik.

Umum ketahui, taman tersebut memang terkenal dengan kekayaan sejarah dan kepentingan geologinya yang tersendiri. Hal ini kerana taman berkenaan mempunyai pemandangan hutan yang indah.

Malah, Taman Hutan Phu Faek juga telah lama diiktiraf kerana kepentingan geologinya sehingga menjadi destinasi popular bagi peminat paleontologi (kajian tentang fosil haiwan, tumbuhan atau bentuk hidupan purbakala) dan sains bumi.

Justeru, dengan penemuan tapak kaki berfosil itu ia akan menambah lagi sejarah taman berkenaan sehingga menjadikannya sebagai tarikan yang lebih popular dalam kalangan pelancong.

Maka, tidak hairanlah sekiranya para pelancong banyak menghabiskan masa mereka di taman tersebut untuk menikmati flora dan fauna yang ada di sana.

Tapak Kaki Dinosaur
Gambar: Shutterstock

Difahamkan hal yang sama berlaku sekitar tahun 1996 dahulu apabila sekumpulan pelancong yang sedang menikmati makan tengah hari di kaki bukit taman tersebut telah terlihat satu kesan yang aneh di kawasan itu.

Disebabkan rasa ingin tahu yang tinggi, mereka pergi ke kawasan itu untuk melihat dengan lebih dekat. Lebih mengejutkan, apa yang ditemui mereka adalah sesuatu yang kelihatan seperti tapak kaki gergasi.

Tanpa berlengah, mereka terus melaporkan penemuan tersebut kepada ahli geologi tempatan untuk memeriksa dan mengesahkan asal usulnya.

Justeru penemuan tapak kaki dinosaur tersebut baru-baru ini telah menambah 10 lagi kesan fosil yang ditemui penyelidik di kawasan itu yang dipercayai melibatkan spesies dinosaur yang berbeza.

Sumber: Thaiger

The post Fosil Tapak Kaki Dinosaur Didakwa Ditemui Di Thailand appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*