Sekurang-kurangnya 2 Maut, 122 Cedera Akibat Gempa Bumi Landa Iran

gempa bumi iran

TEHRAN, 29 Jan (Bernama) — Sekurang-kurangnya dua orang maut, manakala 122 lagi cedera akibat gempa bumi melanda wilayah barat laut Iran, kata jurucakap Pertubuhan Kecemasan Iran, Mojtaba Khaledi.

Gempa berukuran 5.9 pada skala Richter itu dilaporkan berlaku sekitar 9.44 malam waktu tempatan pada kedalaman tujuh kilometer (4.34 batu), dengan pusat gempa berhampiran Khoy, lapor Agensi Anadolu.

Gempa itu turut dirasai di beberapa bandar termasuk ibu kota wilayah dan bandar terbesar Urmia.

Beberapa gegaran susulan turut direkodkan.

Gabenor Khoy, Zabihullah Kazemi memberitahu agensi berita negeri bahawa 15 pasukan telah dihantar ke kawasan terjejas untuk menilai tahap kerosakan dan memberikan bantuan.

Wilayah itu dikejutkan dengan gegaran berukuran 5.4 pada skala Richter awal bulan ini, dan menyebabkan kerosakan harta benda.

Sumber: BERNAMA

BACA: Menteri Iran Gesa Kerajaan Beri Toleransi Kepada Wanita Tidak Bertudung

The post Sekurang-kurangnya 2 Maut, 122 Cedera Akibat Gempa Bumi Landa Iran appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*