Gadis Disimbah Asid: Polis Ambil Keterangan 12 Individu

kes asid polis keterangan 12 individu

Gadis Disimbah Asid: Polis Ambil Keterangan 12 Individu

Polis telahpun merakam keterangan seramai 12 individu berhubung gadis disimbah asid pada 8 November lalu.

Mangsa, Nadia Fasha Qistina (19) ketika kejadian sedang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Denai Alam.

Menurut Sinar Harian, mangsa diserang oleh seorang individu yang menyamar sebagai pekerja e-hailing.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, siasatan masih berjalan bagi mengenal pasti motif kejadian.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dalam mengesan individu terlibat dalam kejadian berkenaan,” katanya.

Manakala, rakaman keterangan daripada 12 orang individu adalah untuk membantu proses siasatan berhubung kejadian yang menimpa mangsa.

“Setakat ini, polis telah merakam keterangan melibatkan 12 individu bagi membantu siasatan berkaitan kes terbabit,” ujarnya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Ahli keluarga mangsa peru menanggung kos rawatan yang tinggi

Menurut laporan terdahulu, mangsa mengalami kecederaan parah di beberapa anggota badannya seperti  muka, tangan dan kaki.

Kini, Nadia dilaporkan masih berada di Hospital Sungai Buloh untuk menjalani rawatan susulan sejak hampir dua bulan lalu.

Menurut bapa mangsa, Azman Shah Mohammad, Nadia juga sudah menjalani pembedahan sebanyak lapan kali setakat ini.

Pembedahan itu bagi merawat kulit serta menyelamatkan matanya.

Difahamkan, ahli keluarga Nadia membelanjakan sebanyak RM4,000 bagi sekeping tisu kulit untuk pembedahan tersebut.

Jelas peniaga burger itu, setakat ini mereka sudah pun mengeluarkan kos keseluruhan sebanyak RM32,000 untuk rawatan Nadia.

Selain itu, bapanya juga perlu membayar RM1,600 untuk membeli bactrigas yang berfungsi seperti pembalut setiap minggu.

Nadia juga berkemungkinan akan tinggal di hospital selama setahun selain perlu bergantung kepada ubat-ubatan untuk seumur hidupnya.

Azman turut meluahkan rasa terkilan dengan kejadian yang menimpa anaknya.

“Apa dosa anak saya sehingga sanggup anda merosakkan masa depannya? Saya sangat terkilan dengan apa yang berlaku terhadap Nadia.

“Bukan saya tidak reda dengan apa yang berlaku, tetapi saya sangat terkilan kenapa ada pihak yang sanggup melakukan perkara seumpama ini kepada anak saya.

“Nadia seorang anak yang baik dan mendengar kata. Namun saya tak pasti kenapa Nadia diperlakukan sebegini rupa,” katanya.

BACA: Otai Ajar Cara Tradisional Proses Air Tebu, Elak Cepat Rosak

Sumber: Sinar Harian, Sinar Harian (2)

The post Gadis Disimbah Asid: Polis Ambil Keterangan 12 Individu appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*