Glenmarie Hotel & Golf Resort Kini Berwajah Baru, Tawar Penginapan Dengan Pengalaman Mewah Terbaik

Glenmarie Hotel & Golf Resort mengumumkan pembukaan-semula hotel hari ini dengan wajah terbaru.

Glenmarie Hotel & Golf Resort mentakrifkan semula landskap hospitaliti di Shah Alam dengan keunggulan perubahan terbaru yang sekaligus mengangkat keindahan bunga Anggerik yang menjadi simbol rasmi bandaraya Shah Alam sebagai konsep terbaharu hotel ini.

Daripada lobi hotel yang memukau sehingga bilik-bilik dan suite yang ditata-rias secara elegan, serta pemandangan menghijau, setiap daripada anda yang menginap di Glenmarie Hotel & Golf Resort pasti akan merasa tenang dengan keindahan semulajadi yang ditawarkan.

“Kami komited untuk mencipta pengalaman luar biasa untuk tetamu kami. Dekorasi bilik serba baru berserta haruman wangi-wangian adalah semata-mata untuk membangkitkan ketenangan dan memberi pengalaman indah yang bakal dinikmati,” kata Pengurus Besar Glenmarie Hotel & Golf Resort, Christoph Voegeli.

Untuk makluman anda semua, proses penambahbaikan menyeluruh masih berjalan sehingga kini, walau bagaimanapun bilik tetamu, ruang mesyuarat, dan kawasan awam tetap dibuka dan beroperasi seperti biasa.  Tidak perlu risau dengan sebarang gangguan, kerana pihak hotel komited memberikan yang terbaik dengan meminimumkan perkara-perkara yang boleh menjejaskan pengalaman percutian anda.

Jadual pengubahsuaian telah dirancang dengan teliti agar hotel ini mampu meningkatkan pengalaman, keselesaan dan kemudahan di setiap penjuru hotel menjelang April 2024.

Tunggu apa lagi? Untuk anda yang sedang mencari pengalaman percutian terbaik dengan fasiliti serba baru, sila hubungi +603 7802 5200, emel info@glenmarie.com.my atau lawati laman web mereka: www.glenmarie.com.my Glenmarie Hotel & Golf Resort untuk pertanyaan dan tempahan.

The post Glenmarie Hotel & Golf Resort Kini Berwajah Baru, Tawar Penginapan Dengan Pengalaman Mewah Terbaik appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*