Gadis Jujur Pulangkan Balik Gelang Emas Hampir RM10k Dijumpai

gadis gelang emas

Gadis Jujur Pulangkan Balik Gelang Emas Hampir RM10k Dijumpai

Tindakan seorang gadis berusia 10 tahun memulangkan seutas gelang emas bernilai kira-kira RM9,200 kepada pemilik selepas ditemukannya dipuji penduduk kampung dalam kejadian di Thailand, lapor The Thaiger.

Gadis dikenali Pornsuda Phongsura atau Baitoey itu menemukan gelang emas yang mempunyai berat sekitar 30.32 gram dan memilih untuk mengembalikannya kepada pemilik asal.

Baitoey yang juga pelajar sekolah rendah di Sekolah Ban Samrong Ta Chen di Si Sa Ket berkata dia menemukan gelang tersebut secara tidak sengaja.

“Saya secara tidak sengaja menemukan seutas gelang tetapi ketika itu saya tidak tahu ia adalah emas asli.

“Tapi apa pun selalunya bila jumpa sesuatu, saya bawanya kepada cikgu atau guru besar sekolah yang sering membantu mencari pemiliknya.

“Kali ini juga saya lakukan perkara yang sama. Gelang itu telah berjaya dikembalikan kepada pemiliknya,” katanya.

Sementara itu, nenek Baitoey, Somkid berkata cucunya merupakan seorang gadis yang mempunyai budi pekerti yang baik.

Menurut Somkid, Baitoey juga ringan tulang dan rajin bekerja selain memiliki prestasi cemerlang di sekolah.

BACA: Warga Emas Didenda Tipu Lelaki Kononnya Bagasi Ditahan Di KLIA

“Dia suka membantu melakukan kerja rumah termasuk menjaga adik, membasuh pinggan, dan menyapu lantai.

“Di sekolah, dia juga suka membantu guru memberi semula barang yang hilang kepada pemiliknya.

“Sebagai neneknya, saya berasa gembira dengan kejujuran dan sifat baiknya,” ujarnya.

Penduduk kampung yang mendapat tahu tentang berita itu bergegas berkumpul bersama untuk berjumpa dengan Baitoey kerana memujinya.

Tindakan telus Baitoey membuatkan seluruh penduduk dan sekolahnya berbangga dengan dirinya.

Sementara itu, pemilik asalnya, Koon Pho-ngam, 78, berkata pada hari kejadian dia memakai seutas rantai emas dan empat cincin emas bersama gelang emas yang hilang itu.

Menceritakan kembali, jelasnya pada ketika itu dia sedang membantu sesi pengebumian di rumah tempat kejadian.

Tambahnya, dia turut memakai baju lengan panjang dan kemungkinan lengannya tersangkut pada cangkuk gelang menyebabkan ia jatuh ke lantai.

Koon Pho-ngam hanya mendapati dia kehilangan gelang itu apabila mendengar pengumuman yang dibuat pada pembesar suara.

Pengumuman itu meminta supaya pemilik gelang emas untuk tampil mengambilnya.

Bagaimanapun setakat ini, tiada berita sama ada gadis kecil itu diberi ganjaran atas kejujurannya.

Sumber: The Thaiger

The post Gadis Jujur Pulangkan Balik Gelang Emas Hampir RM10k Dijumpai appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*