Program “Up Close & Personal” Bersama Kelly Tan

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Perbadanan Padang Golf Subang telah mengadakan Program “Up Close & Personal with Kelly Tan” atau Klinik Golf Bersama Kelly Tan iaitu Pemain Golf Wanita Professional Malaysia pada hari ini di Kelab Golf Negara Subang, Petaling Jaya.

Program ini merupakan salah satu agenda KBS untuk memberikan sumber inspirasi serta motivasi kepada golongan muda untuk aktif dalam sukan seterusnya menjadi atlet negara. Manakala penglibatan keluarga juga amat penting dari segi pemahaman dan sokongan kepada anak-anak yang meminati bidang sukan.

Program “Up Close & Personal with Kelly Tan” yang diadakan hari ini khusus untuk Kelly Tan berkongsi pengalaman serta kemahiran beliau dalam sukan golf kepada peserta, bagaimana beliau bermula dalam sukan ini sehingga beliau berjaya menjadi Pemain Golf Wanita Professional Malaysia.

Kelly Tan merupakan Pemain Golf Wanita Professional Malaysia mula aktif dalam sukan golf seawal usia 12 tahun. Beliau juga telah beraksi dalam 2 Sukan Olimpik iaitu Sukan Olimpik Rio dan Tokyo. 

Seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada remaja perempuan yang berusia antara 12 hingga 19 tahun termasuk atlet amatur remaja turut hadir ke program hari ini. 

The post Program “Up Close & Personal” Bersama Kelly Tan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*