Seakan Tahu Dirinya Akan ‘Pergi’, Adik Zarif Peluk & Cium Jururawat Buat Kali Terakhir Sebelum Meninggal

adik zarif peluk jururawat

Seakan Tahu Dirinya Akan ‘Pergi’, Adik Zarif Peluk & Cium Jururawat Buat Kali Terakhir Sebelum Meninggal

Pemergian orang tersayang khususnya anggota keluarga adalah perkara yang sukar untuk dihadam dan dilupakan.

Tidak kira ibu bapa atau adik-beradik, setiap yang pergi pastinya memberi kesan yang mendalam. Ini kerana, mereka yang telah pergi merupakan insan istimewa yang pernah hadir dalam hidup kita.

Hari ini, satu rakaman video tular yang disiarkan di media sosial berjaya menyentuh hati kecil masyarakat sekali gus berasa sebak ketika menonton klip itu.

Seorang wanita bernama Mahiza Kassim  (telekung_anna) berkongsi satu klip video di Instagram, yang memaparkan anaknya sedang memeluk kakitangan hospital.

Sekiranya dilihat dengan mata yang kasar, ia boleh dianggap sebagai video yang biasa.

Namun apabila diteliti, ia adalah hari terakhir jururawat di Hospital Tuanku Azizah di Kuala Lumpur bertemu dengan kanak-kanak lelaki itu.

Zarif Azri, yang merupakan pesakit buah pinggang mengucapkan selamat tinggal kepada jururawat selepas pihak hospital memaklumkan tidak mempunyai cara lain untuk merawatnya.

Ayat yang diletakkan dalam video tersebut membuatkan ramai sedih kerana sembilan hari selepas itu, adik Zarif dilaporkan telah meninggal dunia.

“Apabila doktor memberitahu kami bahawa pihak hospital tidak mempunyai cara untuk merawatnya, kami membawa Zarif pulang.

“Sembilan hari kemudian, dia telah pergi selama-lamanya. Mengucapkan selamat tinggal kepada jururawat bukan perkara yang mudah bagi kami dan mereka.

“Terima kasih jururawat yang dikasihi atas segala kasih sayang dan perhatian yang diberikan terhadap Zarif,” memetik ayat di video tersebut.

BACA: Ngeri, Wanita ‘Hilang’ Separuh Buah Pinggang Selepas Jalani Urutan ‘Buang Lemak’

Genap 1,000 hari Zarif pergi

Gambar: Tangkap layar video tular

Difahamkan video sebak itu dikongsi secara umum pada 10 Februari lalu, genap 1,000 hari pemergian anak kesayangannya di dunia ini.

Menurut Mahiza Kassim, video itu ditujukan khas kepada jururawat am, jururawat dialisis KK1 IPHKL dan wad Dialisis Peads 9C kerana menjaga Zarif semasa dia hidup.

“Betapa masa berlalu begitu sahaja tanpa disedari, hari ini (10 Februari) genap 1,000 hari Zarif meninggalkan kami.

“Walaupun semuanya masih segar dan jelas di ingatan, ia akan menjadi kenangan yang kekal bersama kami buat selamanya,” memetik kapsyen itu.

Difahamkan, Zarif memulakan dialisis pertama pada tahun 2018, di mana dia perlu untuk ke hospital tiga kali seminggu.

Zarif dilahirkan pada 2007 dan menghembuskan nafas terakhir pada 17 Mei 2020.

“Dia kalah dengan penyakitnya di dunia tetapi dia memenangi tempat di syurga,” kata Mahiza Kassim.

Sumber: telekung_anna via Instagram

The post Seakan Tahu Dirinya Akan ‘Pergi’, Adik Zarif Peluk & Cium Jururawat Buat Kali Terakhir Sebelum Meninggal appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*